Group Whatsapp Ibu Bapa
Hari ini, mungkin ada yang terbaca berkenaan dengan keluhan seorang pengirim di salah satu akhbar yang mengeluh berkenaan dengan kewujudan group whatsapp ibu bapa yang telah diminta oleh guru besar. Pengirim berkenaan menyatakan kumpulan itu agak menyusahkan dirinya sebagai guru kelas dan mengganggu konsentrasinye.
Boleh rujuk keratan di atas berkenaan dengan luahan guru tersebut.
Masalahnya bermula apabila pentadbir memintanya mewujudkan satu group whatsapp ibu bapa bagi setiap kelas. Tambahan pula, arahan tersebut menjadi wajib. Namun, apa yang terjadi, group tersebut menyusahkannya kerana terpaksa melayan pertanyaan dan karenah ibu bapa sehingga 3 pagi. Pengirim ini mahukan agar hak peribadinya dihormati daripada terpaksa memegang telefon 24 jam.
Namun, kami merasakan sebenarnya group whatsapp ibu bapa sangat memainkan peranan penting dalam menyenangkan tugas kita sebagai guru. Cuma, cara kita mengendalikan group itu sahaja yang menentukan sama ada positif atau negatif.
Sebenarnya banyak kelebihan jika mempunyai group whatsapp sekolah dengan ibubapa. Ini berdasarkan pengalaman guru. Antaranya
- Maklumat data murid yang tepat senang diperolehi. Contohnya, jika nak key in maklumat APDM, biasanya maklumat yang tidak lengkap boleh kita maklum terus kepada ibu bapa.
- Mengurangkan penggunaan kertas. Contoh nak edar surat panggilan mesyuarat Pibg atau majlis sekolah, boleh ambil gambar dan send kepada group tersebut. Malah respon ibu bapa pon lebih cepat.
- Maklumat mudah disampaikan. Contohnya, pembatalan kelas malam atau apa-apa program secara tiba-tiba, memudahkan guru memaklum kepada ibubapa dan ibu bapa boleh terus mengambil anaknya di sekolah. Dengan ini, keselamatan murid lebih terjamin.
- Mengelakkan maklumat tidak disampaikan kepada ibubapa. Maklumlah, mana tahu ada anak yang terlupa atau sengaja lupa untuk memberitahu sesuatu kepada guru.
- Jika guru nak berjumpa mana-mana ibubapa murid, hanya maklumkan sahaja di dalam group tersebut. Mudahkan.
- Perancangan program sekolah mudah dimaklumkan kepada ibu bapa seperti perkhemahan, kokurikulum, sukan dan pelbagai lagi.
Ini sahaja beberapa kelebihan ringkas daripada group tersebut. Jika ada yang lain, guru/ibubapa boleh komen di post ini di bawah.
Sini kami kongsikan cara untuk mengendalikan group whatsapp dengan berkesan.
- Bagi kami, mudah sahaja, terangkan dalam group itu seawal mungkin yang kita tidak mungkin dapat membalas pertanyaan ibu bapa segera mungkin kerana banyak komitmen kita di luar selain guru. Ini yang paling penting dan in sha Allah mereka faham.
- Silent mode kan group tersebut. Ini yang biasa kami lakukan. Walau bagaimanapun, kadang-kala, banyak pertanyaan ibu bapa dijawab oleh ibu bapa yang lain jika ibu bapa yang lain tersebut mengetahui jawapan persoalan tersebut.
- Off data atau wifi jika terdapat urusan lain.
- Lantik seorang lagi pembantu guru kelas bagi memudahkan urusan.
- Kebiasannya, jika cuti panjang, kami akan memaklumkan awal-awal bahawa sedang bercuti. Biasanya akan aktit apabila cuti hampir habis.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram.
Follow kami di telegram -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]
Mummyila
Guna telegram. Ygvparent boleh join group tapi xleh chat.. hantar saja maklumat. Itu sahaja.
admin
itulah..tapi nanti dieorag kate xleh bertanye ke
Cikgu
Cikgu takdak kerja ja buleh sembang mcm ni