KARTEGORI SUKAN PARALIMPIK
Tahniah kepada atlit Atlit Malaysia yang bertanding dan yang berjaya mendapat pingat di Sukan Paralimpik di Rio 2016. Mereka yang mendapat pingat emas adalah Muhamad Ridzuan, Muhammad Ziyad dan Abdul Latif. Mereka ini masing-masing adalah kebanggan negara.
Muhammad Ridzuan adalah pemenang pingat emas bagi acara 100m T36, Muhammad Ziyad pula adalah pemenang bagi acara lontar peluru F20, manakala Abdul Latif merupakan pemenang pingat emas bagi acara lompat jauh T20. Bukan senangn ya orang yang mempunyai pelbagai kekurangan dalam diri ini untuk bersaing dan mendapat pingat Emas untuk dihadiahkan kepada negara. Syabas dan sekalung tahniah kepada mereka kerana telah membanggakan negara.
Pasti ramai yang tertanya-tanya apakah maksud acara 100m T36, lontar peluru F20, dan lompat jauh T20. T36 merujuk kepada huruf T – acara track and running manakala 36 merujuk kepada keadaan peserta tersebut. T36 ini merujuk kepada acara running and jumping bagi peserta yang mempunyai sakit cerebral palsy. ini boleh rujuk di pautan T36 . T20 pula merujuk kepada acara lompat jauh bagi masalah kecerdasan yang tidak sampai 100 seperti peserta biasa. Maklumat lanjut T20 ini boleh rujuk di pautan T20 .
F20 pula merujuk kepada F-field iaitu acara padang dan nombor 20 sama seperti yang telah dibaca sebentar tadi. Bagi acara sukan paralimpik ini, setiap sukan mempunyai pelbagai kategori yang dipertandingkan. Contohnya, bagi sukan memanah, ada tiga kategori iaitu ARW1, ARW2, dan ARW3. ARW1 merujuk kepada acara memanah di mana pemanah menggunakan kerusi roda dan tidak dapat menggunakan kaki dan tangan dengan baik. ARW2 pula merujuk kepada pemanah yang memakai kerusi roda tetapi mempunyai fungsi tangan yang sempurna.
Untuk terus membaca berkaitan kategori sukan paralimpik ini boleh rujuk Kategori Sukan Paralimpik
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram.
Follow kami di telegram -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]