MENJAWAB KRITIKAN TERHADAP KERJAYA GURU
Heboh sekarang ini ye, sehari sebelum Hari Malaysia berkenaan dengan statement dari FB Abdul Rani Kulup berkenaan dengan kerjaya guru. Boleh tahan jugak perkara yang disampaikan itu. Ada yang benar, dan ada jugak yang salah. Ini mungkin berpunca daripada pandangan peribadi daripada orang yang tidak pernah merasa menjadi guru. Janganlah kita terlalu cepat mengkritik sesuatu berdasarkan setitik air di lautan luas yang kita nampak. Gambar di bawah adalah status asal fb Abdul Rani Kulup. Tidak diketahui sama ada dia sendiri ataupun orang lain yang menggunakan fb dia.
Biasanya admin tak ambik port pasal benda-benda macam ini sebab dah tahu, orang luar hanya pandai menilai dari luaran yang tidak diketahui sahaja. Tapi, kali ini kene beritahu benda sebetulnya takot ramai lagi orang di luar sana yang tersalah anggap.
Cuti melambak – Salah ni kalau kate cikgu cuti melambak. Kementerian hanya beri cikgu cuti 7 hari dalam setahun dan cuti ini dipanggil cuti rehat khas berbeza dengan cuti orang pekerja kerajaan yang lain yang dipanggil cuti rehat. Kenape ada khas dekat belakang cuti rehat?? Ini sebab, cuti ini tidak boleh diguna sewenangnya tanpa alasan kukuh. Contoh, beritahu pengetua/guru besar yang kita mahu cuti kerana nak berehat dekat rumah. Konfem tak dapat cuti. Berbeza dengan cuti rehat perkhidmatan awam yang lain. Cuti rehat perkhidmatan awam yang lain boleh mohon untuk pelbagai alasan termasuk alasan nak rehat ataupun nak berniaga. Tidak salah dalam pekeliling cuti rehat. Cuti rehat perkhidmatan lain ada paling kurang 25 hari mengikut gred dan tempoh berkhidmat. Maknanya, orang lain pon boleh cuti 5 minggu dalam setahun kalau dipohon 5 hari seminggu.
Budak cuti, cikgu pon cuti. – ayat ini paling salah lah. Manalah dah ade sekarang budak cuti cikgu pon cuti. Cuti hari sabtu pon susah cikgu nak jumpa kalau di awal tahun itu. Ye lah, dengan mesyuarat pelbagai dari pengurusan sehingga ke mesyuarat PIBG. Semua tu nak kene buat awal tahun. Guru yang mengajar kelas peperiksaan UPSR PT3 dan SPM pon biasenya ade kelas tambahan waktu-waktu cuti. Kadang-kadang, hujung tahun pon dah ade kelas tambahan sebab nak prepare bagi murid tahun hadapan. Cuti bulan 12 pulak, biasa 2 minggu terakhir dah ade mesyuarat kurikulum (pengajaran dan pembelajaran), HEM (hal ehwal murid), Kokurikulum (sukan dan aktiviti luar bilik darjah) dan pelbagai mesyuarat panitia, jawatankuasa kerja dan pelbagai lagi. 2 minggu terawal pula biasa ada kelas tambahan ke, jaga sekolah sebagai pegawai yang menerima barang sekolah, dan pelbagai aktiviti lagi. Lagipun, dalam cuti tu, pengetua/guru besar boleh panggil guru bertugas anytime mengikut keperluan.
Cikgu cuti bersalin – Bab cuti bersalin ini semua ada cuti bersalin. Setiap pegawai kerajaan dibenarkan cuti bersalin dengan gaji sebanyak 300 hari kalau tak silap. Syarikat swasta pon rasenya ada cuti bersalin mengikut peraturan syarikat itu sendiri.
Rancangan mengajar berapa minit – Cikgu bukan buat rancangan mengajar je setiap hari. Cari bahan, kumpul bahan, photostat, buat alat bantu mengajar dan pelbagai perkara berkaitan pengajaran yang cikgu buat hari-hari. Itu belum lagi kira tugasan sampingan seperti masuk data murid dekat APDM, sedia dan tanda kertas peperiksaan, rancang dan laksana pelbagai program, pelbagai arahan kementerian berkaitan online, cat/hias kelas, bawak budak bersukan dan pelbagai lagi kerja guru. Kalau ditulis, lebih dari seratus pon ade kerja cikgu selain buat rancangan mengajar.
Duduk bilik guru, gosip pasal murid – yang ini guru memanglah kena gosip. Dah nak berbincang pasal masalah yang dihadapi murid. Takkan cikgu nak simpan bawah bantal masalah murid tak kira lah hal pembelajaran atau bukan pembelajaran. Mestilah cikgu nak bertanya dengan yang lebih berpengalaman sebab cikgu nak cari solusinya.
Takpon jual tupperware dengan sambal ikan bilis dengan jualan online – Yang ini mungkin ada yang berjual tapi mungkin x sampai 1%. Tapi takdelah rasenya sampai setiap masa nak berjual. Contoh, kalau rakan sekerja kita itu cikgu, dan dia jadi agen insuran, rasanya tak salah kalau nak minta pendapat nya.
Sikit-sikit cakap stress – Biasalah semua kerja ada cabaran dia. Lagipun memang betulkan kerjaya guru antara yang menjadi punca ramai tekanan mental. Tak caya boleh google. Yang stress ini pon mungkin sbb terlalu banyak kerja luar bilik darjah yang cikgu kene buat sampai hilang fungsi utama guru di sekolah. Mana taknya, semua benda nak segera dan online, lepas tu sistem pula tak laju. Kadang-kadang cikgu bawak balik kerja ke rumah dan sampai tengah malam cikgu buat.
Gaji besar gedabak – Silaplah, cikgulah gaji terendah bagi skim 41 atau siswazah dalam kerajaan ni. Gaji permulaan cikgu RM 2222.94. Kalau cikgu di Sarawak mungkin lah gaji campur elaunnya sampai RM 5000, tetapi kene duduk di pedalaman 3 lah. Lepas tu, gaji tu gune buat bayar perahu, pacuan 4 roda dan pelbagai kenderaan lagi kalau nk keluar ke bandar sekali sebulan. Sama jugak jadinya.
Cikgu pakai honda, takde pakai axia – Mungkin tak pernah masuk sekolah. Banyakje cikgu pakai viva, kancil, motor kapcai datang sekolah. Yang pakai honda/bmw/ferrari ke, nak buat macam mana, mungkin family cikgu tu ada bisnes ke, suami/bini cikgu tu kerja gaji 5 angka ke sebulan, tak salah lah.
Cikgu tak merasa sukar cari kerja. Habis maktab terus posting – Sekarang ini takde lagi lah macam ini. Semua kene bersaing dan interview SPP nak posting. Interbiu pon bukan konfem lulus. Kalau tak lulus, kene ulang interview itupun lepas setahun turun naik kementerian nak minta ulang balik interview. Tahun ni sahaja dekat setahun lepasan IPGM kene tunggu nak dapat posting. Lagipun, lepasan IPGM ini dapat elaun yang dibayar oleh kerajaan sepanjang belajar. Jadi logiklah mereka diutamakan sebab banyak dah wang dilabur kepada mereka.
Kesimpulannya, kita di luar sana jangan cepat-cepat nak hakimi sesuatu pekerjaan. Semua pekerjaan ada kelebihan dan kekurangannya. Asalkan masing-masing ikhlas bekerja kerana Allah s.w.t sudahlah untuk mencari rezeki. Harap-haraplah, dapatlah ubah secubit pandangan masyarakat terhadap kerjaya guru ini.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram.
Follow kami di telegram -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]
Mak minah
Terbaikla.
Syirah
Beginilah admin yang kami mahu. Admin yang prihatin dan empati. Terlalu banyak pihak yang cemburu dengan cikgu.Inilah sikap orang Melayu yang perlu diperbetulkan. Tahniah untuk admin.
Lee Chong Wei
SETUJU SANGAT-SANGAT LAH!!!!!
Aida
Complaint org ttg kerjaya guru pon bole mental d buatnya