Pengetua dipersalahkan atas kes rogol di sekolahnya.
Masih ingatkah kita dengan satu kes rogol yang melibatkan murid sekolah menengah di sebuah sekolah di Melaka?
Sedikit laporang mengenai kes tersebut, kejadian berlaku kira-kira pada pukul 2.30 petang di mana mangsa mendakwa telah diheret ke bilik stor sekolah dan dipaksa menanggalkan pakaian sebelum dirogol oleh 2 orang pelajar lelaki yang lebih senior.
Apa yang perlu difikirkan di sini adalah wajarkah hukuman dan tindakan tegas perlu dikenakan ke atas pengetua sekolah tersebut??
Pada pendapat ramai mungkin tidak wajar dan pada pendapat sesetengah orang mungkin wajar. Ini semua berdasarkan alasan masing-masing.
Bagi pendapat ramai orang, pada asasnya adalah tidak wajar. Banyak alasan yang boleh dikatakan. Yang pertama, sekolah tersebut merupakan sekolah menengah yang besar jadi sukar untuk semua selok belok di dalam sekolah berada di dalam perhatian pihak sekolah. Lagipun, pelakunya adalah murid sekolah menengah yang sudah senior. Murid di sekolah menengah sekarang sudah pandai untuk berbuat pelbagai perkara di belakang pengetahuan orang ramai. Mungkin mereka telah merancang dengan teliti keadaan ini. Tambahan pula, pihak sekuriti di sekolah pula hanya perlu berjalan di kawasan sekolah setiap 2 jam dan mereka diperlukan di pondok pengawal.
Bagi pihak pentadbir, terdapat beberapa peraturan yang boleh dikuatkuasakan sekarang untuk mengurangkan kes sebegini berlaku dan seterusnya meningkatkan tahap keselamatan murid.
- Hadkan kawasan yang boleh dimasuki oleh orang ramai. Sebarang orang luar yang mahu masuk ke dalam sekolah perlu melalui pondok pengawal dan diberikan pas masuk. Ini kerana, pernah terjadi orang luar masuk ke kawasan sekolah di sebuah sekolah di pantai timur dan cuba mencabul kehormatan pelajar.
- Jangan halang guru yang mahu berada di bilik-bilik khas. Contoh stor sukan, guru Pendidikan jasmani atau setiausaha sukan boleh meletakkan meja gurunya di sini dan mereka boleh melakukan tugas sampingan guru di bilik seperti ini. Ini bertujuan mengelakkan bilik ini yang tidak berkunci menjadi sunyi.
- Kunci bilik atau ruang yang jauh dari tumpuan warga sekolah. Contohnya, surau yang jauh boleh dikunci dan kunci ditinggalkan di pejabat.
- Pastikan CCTV berfungsi dan diletakkan di sudut-sudut tersembunyi.
- Arahkan pengawal keselamatan untuk melakukan rondaan.
- Pastikan murid yang sudah selesai persekolahan menunggu berhampiran pondok pengawal.
Jutaan terima kasih kepada pihak yang sanggup berkongsi.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram.
Follow kami di telegram -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]