Buku Panduan Aktiviti Pengakap Unit Beruniform
Unit beruniform merupakan salah satu elemen penting dalam gerak kerja kokurikulum.
Boleh dikatakan setiap sekolah mempunyai pelbagai unit beruniform dan pastinya yang paling popular adalah pengakap dan kadet remaja sekolah.
Bagi membolehkah, pelbagai aktiviti boleh dilaksanakan pada setiap kali perjumpaan sepanjang tahun, satu panduan aktiviti perlu dimiliki oleh setiap guru penasihat bagi membolehkan merancang tajuk aktiviti yang akan diajar pada perjumpaan tersebut.
Bagi perjumpaan pertama, kebiasaannya dimulakan dengan acara melantik AJK bermula dengan pengerusi sehingga AJK kecil.
Kemudian, pada perjumpaan kedua pula, diterangkan dengan logo, sejarah, pakaian, lagu dan perlembagaan khusus mengenai unit beruniform tersebut.
Bagi perjumpaan 3 hingga ke-12, pelbagai aktiviti boleh dirangka guru bermula dengan gajet, simpulan dan ikatan, bantuan awal kecemasan, kawad kaki dan pelbagai lagi.
Berikut merupakan panduan aktiviti lengkap setahun yang boleh dirancang oleh guru penasihat untuk mengelolakan aktiviti setiap kali perjumpaan.
Semoga bermanfaat.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]
SALEHA
hi.. boleh saya tahu tajuk buku, penulis, penerbit dan tarikh buku diterbitkan? nak buat untuk rujukan 🙂