BAJET 2017 MENSEJAHTERAKAN RAKYAT
Bajet 2017 ini yang dibentangkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia mempunyai visi untuk mensejahterakan kehidupan rakyat di dalam suasana ekonomi dunia yang tidak menentu ini. Terdapat beberapa insiatif yang akan dilaksanakan oleh kerajaan pada tahun 2017 untuk membantu rakyat Malaysia mengharungi keadaan ekonomi sekarang. Antaranya:
1)Sebanyak 97,000 lampu jalan, 3,000 lampu LED di persimpangan jalan akn dipasang, libatkan 7,500 kampung seluruh negara, termasuk Sabah & Sarawak
Keadaan di Sarawak terutamanya amat memerlukan lampu jalan sebegini. Masih banyak jalan yang menghubungkan antara bandar dengan bandar dan bandar dengan pekan yang belum mempunyai lampu jalan di sepanjang jalan. Diharapkan langkah kerajaan sebegini akan dapat meningkatkan tahap keselamatan jalan raya terutamanya pada waktu malam.
2)Bina dan naik taraf 616 km jalan kampung dan jambatan bagi tingkatkan jaringan perhubungan kampung, pekan & bandar dengan peruntukan RM1.2 bilion
Jalan yang rosak perlu dibaiki segera oleh kerajaan supaya keselamatan pengguna lebih terjamin.
3)Bagi menyelenggara jalan negeri, RM4.6 bilion disediakan kepada semua negeri di bawah Sistem Maklumat Rekod-Rekod Jalan Raya Malaysia
Jalan-jalan perlu sentiasa diselenggara. Jangan abaikan negeri yang tidak dibawah pentadbiran kerajaan Barisan Nasional. Perbezaan ini boleh dilihat pada jalan raya di Kelantan dan Terengganu.
4)Bina & baik pulih 17,000 unit rumah usang & daif di kampung terpencil & penempatan Orang Asli dengan peruntukan RM350 juta. Setiap unit rumah diberi bantuan baik pulih antara RM1,000 hingga RM15,000 bergantung kepada usangnya keadaan rumah tersebut
Penduduk di perkampungan kecil dan penempatan orang Asli perlu sentiasa diberikan perhatian supaya bantuan kerajaan sampai kepada mereka.
5)Tingkatkan penyediaan bekalan air bersih dengan RM732 juta, mensasarkan 5,200 rumah termasuk naik taraf sistem bekalan air
Sistem bekalan air perlu sentiasa dinaik taraf terutamanya di kawasan terpencil. Jika kawasan tersebut jauh daripada kawasan jajahan syarikat bekalan air, bina pam air dan tempat menapis air untuk kegunaan penduduk di sekitar.
6)Bagi menaik taraf kapasiti dan menjamin bekalan air, kerajaan memperuntukkan geran RM156 juta & RM509 juta dalam bentuk pinjaman
7)Untuk atasi masalah bekalan air di seluruh negara, Tabung Bekalan Air akan diwujudkan segera, berperuntukkan RM500 juta
8)Menyediakan bekalan elektrik luar bandar, mensasarkan hampir 10,000 buah rumah dengan peruntukan RM460 juta.
Realitinya, masih banyak rumah di Malaysia ini yang belum mendapat elektrik 24 jam yang datang daripada tiang elektrik. Di kawasan pedalaman, elektrik datang daripada generator yang menggunakan bahan api diesel yang tinggi kosnya.
9)Kerajaan akan laksana Projek Mesra Rakyat dengan RM800 juta untuk naik taraf & bina surau, titi, parit, balai raya, pasar & gerai perniagaan kecil.
10)69 projek Rancangan Tebatan Banjir akan diteruskan di seluruh negara dengan peruntukan RM495 juta
11)Inisiatif baru MyBeautiful New Home khusus kpd B40, dengan peruntukan RM200 juta. 5,000 unit rumah akan dibina dengan harga RM40k-50k seunit. Kerajaan akan membiayai RM20,000 dan bakinya dibayar secara ansuran oleh pemilik. Syaratnya, rumah ini akan dibina di tanah milik sendiri, tanah yang telah dapat kebenaran tuan tanah & tanah kurniaan kerajaan negeri
Tidak dipastikan berkenaan dengan gaji atau pendapatan isi rumah sebelum dapat memohon MybeatifulNewHome ini.
12)KPKT pula akan membina 9,850 unit rumah di bawah PPR dan menyediakan sebanyak RM134 juta bagi 2017
13)11,250 rumah PPR sedang dalam pembinaan, RM576 juta disediakan. Rumah ini dijual dgn harga RM35k- RM42k walaupun kos pembinaan RM120k-160k
14)Bagi membantu meningkatkan peluang pendapatan rakyat, terutamanya kelompok B40, RM275 juta diperuntukkan
Kita perlu lihat dan tunggu apa inisiatif dari usaha ini. Sedangkan kajian skim gaji guru pon blum diumumkan lagi. dah lebih sebulan dah.
15)Kerajaan sediakan peruntukan subsidi hampir RM10 bilion, merangkumi subsidi bahan api termasuk gas memasak, pampasan tol & pengangkutan awam
16)Kerajaan perkenal Bantuan Musim Tengkujuh sebanyak RM200 sebulan bagi 3 bulan pada Nov, Dis & Jan, manfaatkan 440,000 pekebun kecil & penoreh getah
Pada musim tengkujuh, usaha penoreh getah untuk mendapatkan getah pastinya mengalami kesukaran. Maka sangatlah elok usaha kerajaan ini untuk membantu golongan penoreh getah.
17)Bagi meringankan beban sara hidup 57,000 nelayan, pemberian elaun RM200 – RM300 sebulan akan diteruskan
18)BR1M kepada isi rumah dalam senarai e-Kasih & berpendapatan bulanan di bawah RM3,000 dinaikkan dari RM1,050 & RM1,000 kepada RM1,200
19)BR1M kepada isi rumah berpendapatan RM3,000 hingga RM4,000 akan dinaikkan dari RM800 kepada RM900
20)Bagi individu bujang berpendapatan bawah RM2,000, BR1M akan dinaikkan dari RM400 kepada RM450
21)Skim Khairat Kematian diteruskan dengan pampasan RM1,000 kepada waris penerima BR1M bagi kategori isi rumah & warga emas dengan peruntukan RM6.8 bilion
22)Pemberian Bantuan Persekolahan RM100 kpd setiap pelajar drpd keluarga berpendapatan sehingga RM3 ribu, memanfaatkan 3.5 juta murid
23)RM1.1 bilion bagi Bantuan Makanan Asrama untuk 365 ribu murid
Sekolah-sekolah berasrama yang kebanyakannya di negeri Sarawak pastinya bersyukur dengan usaha kerajaan ini. Maklumlah sekarang kos sehari makan untuk seorang murid RM9-RM11 satu murid.
24)RM300 juta bagi Rancangan Makanan Tambahan 1Malaysia kepada murid sekolah rendah
Perlu juga dipertimbangkan untuk menambah bilangan hari bagi murid yang tidak beragama Islam kerana mereka tidak berpuasa di bulan Ramadhan. Dasar sedia ada hanya meliputi 170 hari persekolahan sahaja.
25)RM1.1 bilion merangkumi Bantuan Bayaran Tambahan Persekolahan, Bantuan Buku Teks dan Bantuan Geran Per kapita
Untuk persekolahan, bantuan buku teks sangat penting. Jangka hayat buku tahap 1 tidak lama kerana kanak-kanak berusia 7-10 tahun tidak mampu lagi menjaga buku teks sebaik mungkin berbanding murid tahap 2.
26)Geran sepadan disediakan kpd pelajar Tahun 1 di sekolah bantuan penuh Kerajaan bg simpanan terkumpul sehingga RM50 dlm akaun SSPN-i
27)Menyediakan Elaun bulanan Murid Berkeperluan Khas sbyk RM150 kpd 67 ribu murid; serta mengganti bas bg 21 sekolah berpendidikan khas
28)Bermula Jan 2017, fixed line broadband ditawar dgn kelajuan lebih tinggi pd harga sama. Pelanggan 5mb/s pd RM149 kini dpt 10mb/s
29)Kerajaan akan lancarkan inisiatif supaya perkhidmatan jalur lebar di universiti awam ditingkatkan kpd maksimum 100 gigabit sesaat
30)SKMM akan menyediakan RM1 bilion supaya liputan & kualiti jalur lebar di seluruh negara mencapai 20 megabit sesaat
31)RM200j teruskan Bantuan Makanan Tambahan & Geran Per Kapita prog TABIKA & TASKA, tmbah baik pakej permakanan manfaat 280ribu kanak-kanak
32)RM132 juta disediakan utk tingkatkan akses kepada pendidikan pra-sekolah percuma di sekolah Kerajaan, manfaatkan 200 ribu kanak2
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram.
Follow kami di telegram -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]