HATI-HATI MEMBELI BELON KEPADA ANAK
Masih ingat dengan tragedi Oktober 2016 baru-baru ini yang melibatkan 30 orang kanak-kanak di mana belon udara yang disediakan oleh pihak penganjur meletup sehingga menyebabkan kecederaan. Tragedi ini berlaki di Pantai Batu Burok Terengganu semasa majlis Walk for the Blind.
Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 pagi itu ia dipercayai berlaku apabila penganjur program sempena Hari Penglihatan Sedunia Peringkat negeri itu menggunakan pemetik api untuk membuka ikatan tali belon yang berbelit.
Difahamkan, penganjur cuba membuka ikatan seikat belon, namun menghadapi kesukaran apabila tali belon tersebut terbelit, menyebabkan seorang daripada mereka menggunakan pemetik api bagi memutuskan tali.
Bagaimana belon tersebut boleh meletup?
Dalam belon yang dijual kepada kanak-kanak, terdapat 2 gas yang boleh digunakan iaitu helium dan hidrogen. Helium lebih ringan daripada udara dan kurang tumpat daripada udara menyebabkan ianya dapat terapung di udara. Helium dikenali sebagai Noble Gas ataupun Gas Mulia di mana kategori gas ini tidak akan terbakar. Tetapi bila mancis dinyalakan pada belon yang berisi gas helium ini, belon tersebut akan pecah tetapi tidak meletup dan terbakar.
Belon yang berisi hidrogen pula lebih ringan daripada udara dan gas helium itu sendiri. Jika dibandingkan dengan belon hidrogen dengan belon helium, belon hidrogen lebih tinggi aras keapungannya daripada belon helium. Yang mnejadi masalahnya, hanyalah gas hidrogen mudah terbakar dan boleh meletup jika terdapat sumber api berdekatan. Hidrogen juga bergabung dengan oksigen untuk menghasilkan wap air semasa pembakaran berlaku. Hidrogen menjadi gas pilihan utama kerana ianya murah berbanding helium. Helium ini hanya dapat diperolehi daripada pereputan bahan radioaktif di bumi ini.
Oleh itu, peringatan kepada ibubapa, consider untuk membeli belon yang mengandungi udara biasa berbanding belon yang yang terapung yang mengandungi hidrogen kerana dikhuatiri belon tersebut terkena api dan meletup sehingga menyebabkan bahaya kepada anak-anak. Jadi, semua terletak di tangan ibubapa terhadap keselamatan anak-anak.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whatsapp dan telegram.
Follow kami di telegram -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]