DOA AWAL DAN AKHIR TAHUN SERTA AMALANNYA
Apabila sampai 30 Zulhijjah setiap tahun, maka tandanya akan berakhirlah tahun Hijrah pada tahun tersebut dan bermulanya tahun baru Hijrah dengan bulan Muharam sebagai bulan pertama dalam tahun hijrah itu. Terdapat beberapa amalan sunat yang dikhususkan untuk penganut agama Islam untuk mengamalkannya. Antaranya.
1) Doa Akhir Tahun
Doa akhir tahun dibaca pada waktu asar 30 Zulhijjah ataupun hari terakhir dalam kalendar Islam. Doa ini dibaca seeloknya selepas asar ataupun di penghujung waktu asar.Berikut merupakan doa akhir tahun.
2)Doa Awal Tahun
Doa awal tahun dibaca pada malam 1 Muharam iaitu selepas solat Maghrib. Doa tersebut boleh
3)Membaca surah Yaasin di malam 1 Muharram.
Pada malam 1 Muharram juga, digalakkan membaca surah Yaasin sebanyak 3 kali. Pada kali yang pertama, diniatkan untuk dipanjangkan umur pada tahun tersebut bagi menambah amalan, yang kedua dimurahkan rezeki dan yang ketiga diniatkan untuk dipermudahkan segala urusan.
4)Berpuasa.
Maksud Hadis:Brgsiapa berpuasa satu hari dalam bulan Muharram pahalanya seumpama berpuasa 30 tahun.
Maksud Hadis:brgsiapa yg berpuasa tiga hari dalam bulan Muharram iaitu hari Khamis, Jumaat & Sabtu, Allah tulis padanya pahala seperti mana beribadat selama 2 tahun.
5)Banyakkan berzikir dan mendirikan qiamulail.
6)Memasang niat di dalam hati untuk menjadi mukminin yang lebih baik dari tahun sebelumnya.
Jutaan terima kasih kepada pihak yang sanggup berkongsi.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram.
Follow kami di telegram -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]