NOTA SPM PELBAGAI MATA PELAJARAN
SPM semakin hampir. Bolehlah para pelajar membuat pelbagai persediaan sebelum tibanya SPM nanti.
Ramai pelajar tidak tahu kaedah mengambil nota yang berkesan apabila berada di dalam kelas. Biasanya mereka sekadar menyalin semula apa yang dipaparkan atau disampaikan oleh guru. Ekoran itu, belajar dalam kelas adalah proses yang membosankan. Oleh kerana itulah ramai pelajar yang mengantuk semasa di dalam kelas.
Semua ini disebabkan oleh proses pembelajaran berlaku secara pasif. Keadaan menjadi lebih buruk lagi apabila guru pula tidak pandai mengajar ataupun tidak tahu memainkan peranan bagi menjadikan proses pembelajaran sesuatu yang menyeronokkan. Dalam peperiksaan SPM pula, nota sangat memainkan peranan yang penting kerana dengan notalah dapat meringkaskan banyak maklumat penting dari buku teks menjadi mudah dibaca.
SPM ini bolehlah dikatakan sebagai penentu masa depan dan aliran profesionalisme yang akan kita ikuti berdasarkan keputusan SPM.
Jika kita mendapat keputusan yang cemerlang, kita dapat memilih mana-mana bidang sekalipun termasuk perubatan dan perguruan.
Namun, jika kita hanya mendapat keputusan yang kurang cemerlang, kita terpaksa mengikuti kursus yang dilelong dan juga yang mungkin kita tidak sukai.
Jadi, eloklah dalam menghadapi SPM ini, kita bersiap sedia sebaik mungkin.
Simpan nota dalam telefon bimbit bagi memudahkan pembacaan dan ulangkaji sewaktu ada masa lapang nanti.
Berikut merupakan nota mengikut mata pelajaran.
Nota SPM Pend Syariah Islamiah
Nota SPM Pendidikan Quran SUnnah
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram.
Follow kami di telegram -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]