Sumber Pendidikan

Menu
  • SPM KSSM
    • Bahasa Inggeris SPM
  • DSKP
  • RPT KSSR KSSM 2021
  • Pelaporan PBD
  • Buku Teks Digital
  • Kertas Ujian
  • kerja kosong
  • Privacy Policy

Berita

Kecoh ibubapa dalam isu sumbangan kertas kepada sekolah

admin October 8, 2016

Sumbangan Kertas PIBG Untuk Peperiksaan Anak

Sekarang ini heboh berkenaan isu PIBG memohon sumbangan Kertas A4 daripada setiap keluarga untuk kegunaan peperiksaan akhir tahun anak-anak. Ada yang positif dan ada yang mempunyai pandangan negatif.

pibg-beli-kerrtas

Sebelum pihak pembaca memberikan pendapat masing-masing,sama ada wajar atau tidak,  banyak perkara yang perlu difikirkan berkenaan isu ini. Antaranya

Yang pertama, kita kena faham ya, PIBG = Persatuan Ibu Bapa dan Guru dan bukannya Persatuan Sekolah. Segala keputusan daripada pihak PIBG adalah datangnya daripada PIBG itu sendiri. Guru sekolah hanya memantau dan memegang beberapa jawatan di peringkat bawah. Disebabkan itu lah, setiap kali mesyuarat PIBG diadakan, digalakkan IBUBAPA/ PENJAGA mesti HADIR untuk membuat keputusan dan pendapat sama ada ketika pemilihan jawatan, ataupun ketika memutuskan beberapa keputusan. Kalau ibubapa tidak hadir, mintalah minit mesyuarat dan cuba berbincang dengan ahli jawatankuasa tertinggi jika terdapat sebarang masalah. Ini tidak, mesyuarat tak hadir, perjumpaan pon tidak hadir, tapi setiap keputusan PIBG hendak ditentang. Hadir pula biasanya hanya untuk “sesuatu” sahaja di sekolah.

Yang kedua, kewangan PIBG bukannya datang daripada pihak sekolah. PIBG perlu cari sendiri duit sama ada melalui sumbangan ibubapa ataupun dana daripada luar seperti YB ataupun projek tertentu. Ada sekolah mengadakan pertandingan bola sepak dan yuran yang dibayar pasukan bertanding dijadikan sumber kewangan PIBG. Tambahan lagi, ketika pertandingan, PIBG boleh sewakan tapak tertentu kepada penjual makanan untuk menambah sumber pendapatan.

Yang ketiga, tak salah PIBG nak bantu sekolah sama ada dari segi kewangan ataupun usaha lain. Memang tujuan PIBG ditubuhkan untuk menyokong sekolah dari segi pelbagai aspek. Ada ibubapa yang pandai melukis, boleh tolong hiaskan kawasan sekolah. Ada yang banyak duit, dapat sumbang peralatan sukan malah ada PIBG mampu bina dewan untuk sekolah. Nak mengharapkan dana daripada KPM sekarang tidak akan cukup, jadi PIBG lah kena cari inisiatif sendiri. Bukan untuk siapa jugak, untuk anak-anak sendiri.

Yang keempat, harga satu rim kertas pon bukannya mahal sangat, lebih kurang RM10 pon dah dapat 1 rim sekarang. Kalau kita ada  orang anak, baru jatuh RM5 seorang. Jadi, janganlah nak berkira sangat, kalau kita ibubapa dapat guna duit ke arah lain, apa salahnya sumbangkan sedikit kepada pihak sekolah. Kalau rasa tidak mampu sangat, boleh jumpa pihak jawatankuasa, biasanya mereka banyak tolak ansur dalam hal seperti ini. Tambah-tambah lagi dengan zaman harga barang sekarang yang hurmmm….

Yang kelima, 1 rim kertas itu pon digunakan untuk kertas peperiksaan anak sendiri. Yang dakwat fotostat sudah ditanggung oleh sekolah. Apa salahnya berkongsi. 1 murid boleh pakai sehingga seratus helai kertas untuk satu kali peperiksaan. Murid sekarang ada berbelas mata pelajaran yang perlu diuji ( teras elektif, kafa lagi – ibadat, sirah, aqidah, Al-Quran dan pelbagai lagi). 1 mata pelajaran ada 10 helai itu belum kira soalan seperti sains yang berpuluh helai biasanya soalan.

Yang keenam, mungkin tindakan ini supaya murid dan ibubapa lebih menghargai peperiksaan yang akan diduduki oleh anak-anak sendiri. Biasanya benda yang percuma kurang disayangi berbanding benda yang berbayar. Maka perkara begini tidak patut menjadi masalah. Harap para pembaca dapat fikir dahulu sebelum nak berikan pendapat sendiri.

Jutaan terima kasih kepada pihak yang sanggup berkongsi.

Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram.

Follow kami di telegram -> https://telegram.me/sumberpendidikan

[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com  / sumberpendidikanguru@gmail.com]

Prev Article
Next Article

Related Articles

Tarikh 1 Muharam 1439H adalah pada 22 September bukan 21 …

Tarikh 1 Muharam 1439H adalah pada 22 September bukan 21 September

pengetua dipersalahkan
Pengetua dipersalahkan atas kes rogol di sekolahnya. Masih ingatkah kita …

Pengetua dipersalahkan atas kes rogol di sekolahnya

About The Author

admin

Leave a Reply Cancel Reply

Subscribe channel Sumber Pendidikan

  • RPH SK SMK by ROZAYUS 2024
  • RPH SK SMK by CG GORGEOUS 2024
  • RPH PRASEKOLAH 2024
  • RPH PPKI RENDAH MENENGAH 2024
  • REKOD PERSEDIAAN MENGAJAR (FAIL RPH) 2024
  • Bahan Lengkap Fail Panitia Mengikut Senarai Semak
  • Penetapan Keberhasilan PBPPP 2021
  • Panduan dan Contoh Evidens Lengkap SKPMg2
  • myPortfolio : Panduan dan bahan berkaitan
  • Koleksi Bahan Bahan Kokurikulum

Popular Posts

  • RPT Pendidikan Seni Visual Tahun 1 2026 …
    November 26, 2025 0
  • RPT Sains Tahun 1 2026 KSSR Semakan
    November 26, 2025 0
  • RPT Bahasa Inggeris CEFR Tahun 1 2026 …
    November 26, 2025 0
  • RPT Bahasa Melayu Tahun 1 2026 KSSR …
    November 26, 2025 0

Contact Us

Untuk beriklan di web dan telegram, hubungi kami melalui whatsapp di hubungi kami di whatsapp

Sebarang masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com

Penafian

Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang sebarang komen yang dibuat oleh pengunjung laman web ini dan kerosakan yang diterima pengguna

Free Porn porn Sex

Sumber Pendidikan

Copyright © 2025 Sumber Pendidikan
Theme by MyThemeShop.com

Ad Blocker Detected

Refresh