UPSR DIMANSUHKAN BERMULA 2017?
Pening juga jika diperhatikan di mana pelbagai dasar pendidikan kerajaan yang akan berubah dan berubah kepada asal kembali. Dulu dinyatakan bahawa UPSR akan dimansuhkan, selepas itu tidak dimansuhkan, sekarang terbaru sudah diperingkat akhir kajian mengenai pemansuhan UPSR. Perlu diingatkan juga, kajian berkenaan dengan skim gaji guru yang dikatakan sebulan siap pon dah lebih 2 bulan tak siap lagi.
Perkara berkenaan dengan pemansuhan UPSR ini boleh dilihat pada keratan akhbar di bawah.
Berdasarkan keratan akhbar di atas, terdapat beberapa alasan untuk memansuhkan UPSR dan diganti dengan satu penilaian yang lebih baik. Pihak kami juga berpendapat terdapat beberapa alasan yang boleh diguna pakai untuk memansuhkan UPSR untuk diganti dengan penilain yang lebih menyeluruh.
Antara alasan tersebut.
- Mengelakkan murid-murid tertekan dengan peperiksaan yang banyak.
- Mengurangkan beban di bahu ibubapa untuk terlalu kerap menghantar tuisyen semata-mata untuk persediaan UPSR.
- UPSR tidak mampu memberikan gambaran pencapaian sebenar murid-murid di peringkat sekolah rendah.
- Mengukur pencapaian murid dengan lebih menyeluruh termasuk disiplin, sukan, kepimpinan, kokurikulum dan pelbagai perkara lagi.
- Mengurangkan beban guru dan sekolah yang mengejar prestasi tinggi sekolah berdasarkan UPSR semata-mata.
- Mengelakkan salah laku pengawas peperiksaan semasa UPSR dijalankan dan ditadbir.
- Menyediakan penilaian 50% akademik dan 50% bukan akademik.
Terdapat pelbagai lagi alasan yang boleh difikirkan untuk menggantikan UPSR ini dengan penilaian yang lebih baik. Pihak kami rasakan pandangan guru terutama guru tahun 6 dan yang lebih arif lebih mengerti kenapa perlunya penggantian UPSR terkini dengan penilaian yang lebih menyeluruh.
Tidak adil untuk menilai murid pada satu tahun pembelajaran sahaja iaitu tahun 6 sedangkan pencapaian murid 5 tahun terdahulu juga perlu diambil kira. Contohnya, tahun 5 pernah menjadi pengawas sekolah, tetapi tahun 6 tidak menjadi pengawas sekolah. Di sijil berhenti sekolah, tidak dinyatakan pencapaian murid tersebut menjadi pengawas semasa di tahun 5 kerana kebanyakan sijil yang disediakan oleh pihak sekolah hanya mengambil kira pencapaian di tahun 6.
Diharap jika kerajaan mendedahkan keputusan kajian atau menggubal dasar baharu nanti, keputusan tersebut merupakan keputusan terbaik untuk murid dan guru.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whatsapp dan telegram.
Follow kami di telegram -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]
Teo bee guan
Sekali bah sekali pantai berubah..kita asyik nak ikut cara orang..tidak merugikan pun anak didik diuji..bahkan ia dpt menjadi asas ukuran pencapaian semasa..dari situ intervensi boleh dilakukan..
Zainab bt Ahmad
Mengapakah hendak dimansuhkan..sedangkan itulah satu-satunya ujian penentuan bagi murid-murid sekolah rendah….jikapun di mansuhkan akan ada lagi ujian yang lain yg hanya ditukar nama
Nyzzh
Jdi yg bdk thun6 then ni jdi apa? Tikus makmal?
admin
blom ada kata putus lagi..tahun depan akan diumumkan..masih kajian
Saguna
Says ingin di 2020 tidal ada peperiksaan pun!
Tidal boleh berdiri di satu tempat.