Ujian Bulan Mac Sejarah Tahun 4
Mahupun pengisian di dalam template pelaporan offline merupakan salah satu pentaksiran berasaskan sekolah yang dikehendaki oleh KPM, namun, Ujian Bulanan masih boleh diteruskan oleh mana-mana sekolah tanpa halangan.
Antara ujian bulanan yang dilaksanakan di sekolah adalah ujian bulan Mac, Ujian bulan mei (pertengahan tahun), ujian bulan september dan ujian bulan november (akhir tahun).
Ujian bulanan yang paling awal adalah ujian bulan mac. Ada sekolah meminta guru mentadbir ujian untuk semua mata pelajaran dan ada juga sekolah yang mengadakan ujian hanya untuk mata pelajaran teras.
Malah ada juga sekolah yang hanya mentadbir ujian bagi pertengahan tahun dan akhir tahun.
Contoh soalan
Sekolah merupakan tempat untuk mendapatkan(1)_____________________. Sekolah melahirkan 2)_________________ yang berilmu pengetahuan dan (3) ______________________________. Setiap warga sekolah hendaklah (4)___________________ supaya sekolah mencapai (5)_________________ dalam pelbagai bidang. Sekolah yang cemerlang mampu melahirkan murid yang (6)_________________________ dan berjaya dalam bidang akademik. Sekolah yang selesa dapat diwujudkan sekiranya semua warganya menjaga (7) ____________________ persekitaran dan mengamalkan (8)___________________ hidup yang sihat.
- Keluarga asas terdiri daripada ayah, ibu dan ___________ sahaja.
A datuk
B nenek
C anak
D cucu
- “Ibu Amir telah melahirkan seorang bayi yang comel”.
Peristiwa menerima kehadiran ahli keluarga baru ini akan mengakibatkan
A menjejaskan keharmonian
B menjejaskan kebahagiaan
C mengubah cara hidup ahli keluarga
D perpecahan ahli keluarga akan berlaku
- Tanggungjawab seorang anak ialah
I mencari rezeki
II belajar bersungguh-sungguh
III mendengar nasihat ibu bapa
IV menyediakan keperluan harian
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
Soalan peperiksaan di sini
Ujian mac sejarah tahun 4 set 1
Ujian Mac sejarah tahun 4 set 2
Ujian Mac sejarah tahun 4 set 3
Semoga bermanfaat kepada guru.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]