8 PERKATAAN AJAIB UNTUK SESIAPA YANG SUKA BERBISNES
Zaman sekarang ini, ramai orang sudah mula cenderung untuk berniaga kerana mahu meningkatkan ekonomi diri dan keluarga memandangkan kos sara hidup semakin meningkat. Malah ada yang menjadikan berniaga ini sebagai sumber pendapatan kedua kerana gaji yang diperoleh daripada kerja tetap hanya dapat digunakan secukupnya.
Pada masa kini, ramai bermula dengan bisnes secara online atau atas talian. Perniagaan online ini mula berkembang secara pesat di Malaysia ini sehingga Perdana Menteri sendiri telah melantik Jack Ma iaitu taikun perniagaan internet China sebagai penasihat ekonomi digital beliau. Perkara ini boleh lihat di bawah sini.
JACK MA sebagai penasihat ekonomi digital Malaysia
Bagi mereka yang berniaga online, terdapat beberapa perkataan atau kata kunci yang perlu mereka kuasai dan gunakan untuk memastikan jualan mereka mendapat perhatian ramai. Antara kata kunci tersebut:
1)Percuma
Siapa tak nak barang percuma bukan. Dalam promosi, biasa kita lihatkan di mana promoter beritahu “Beli 1, Percuma 1” ataupun beli apa-apa barang akan dapat satu barang secara percuma. Teknik ini biasa kita lihat di pasaraya di mana barangan dibeli dapat digunakan untuk menebus barang-barang tertentu dengan percuma.
2)Kerana
Gunakan perkataan “kerana” dalam bisnes online anda untuk memberitahu pembeli atau orang luar berkenaan kenapa mereka perlu membeli barangan yang kita jual. Dengan cara ini barulah mereka ada kesedaran sedikit tentang kepentingan sesuatu barangan tersebut. Perkara ini boleh tengok gaya ejen insurans. Biasanya mereka akan menyatakan kepada bakal pelanggan tentang kenapa perlunya menyumbang untuk insurans tersebut.
3)Tiada risiko
“Tiada risiko” akan menyebabkan pengguna rasa lebih selamat untuk membeli produk tersebut. Contoh produk kecantikan, biasanya promoter menyatakan “tiada risiko” jika menggunakan produk tersebut. Perkara ini setidaknya telah memberikan jaminan kepada pembeli bahawa produk tersebut selamat digunakan.
4)Rahsia
Perkataan “Rahsia” ini digunakan untuk menguatkan perasaan ingin tahu dalam diri pembeli. Contohnyn menjual produk kurus. Antara tagline boleh digunakan adalah “Rahsia bagaimana hilang 10kilogram dalam masa sebulan”.
5)Segera
Perkataan “segera” diguna untuk menggesa tanpa sedar kepada pembeli supaya membeli barangan tersebut. Contoh ayat yang digunakan ” Dapatkan segera sementara masih ada” ataupun “Ubat ini memberikan kesan segera”.
6)Masa terhad
Pengunaan frasa Masa Terhad ini digunakan untuk mewujudkan satu situasi yang menggesa pembeli tersebut membeli barangan tersebut dengan kadar segera supaya tidak terlepas peluang.
7)Mudah
Tiada orang nak berurusan dengan perkara yang sukar. Antara perkataan yang sering digunakan ialah “Mudah dan selamat digunakan”, “Mudah dijaga” dan pelbagai promosi yang menggunakan perkataan “Mudah” untuk menarik perhatian ramai.
8)Jangan lepaskan.
Perkataan “Jangan lepaskan” ini digunakan bagi mewujudkan satu perasaan berbelah bahagi kepada pembeli sama ada mahu membeli atau tidak barangan tersebut pada tempoh masa ditetapkan. Jika tidak dibeli, dikhuatiri barangan tersebut akan habis atau promosi barangan tersebut telah habis.
8 perkataan di atas merupakan kata kunci yang boleh digunakan untuk menarik perhatian pembeli terhadap produk jualan. Kepada mana-mana penjual online, selepas ini bolehlah praktik menggunakan kata kunci di atas ini untuk menarik perhatian ramai. Selitkan perkataan di atas di permulaan iklan sama ada iklan di Facebook atau mana-mana laman sosial. In sha Allah akan berjaya.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whatsapp dan telegram.
Follow kami di telegram -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]