GURU DITANGKAP DISYAKI MENGEDAR DADAH
Terkeju sekejap terdengar berita berkenaan penangkapan seorang guru di Lawas yang disyaki mengedar dadah. Guru tersebut merupakan seorang guru di sekolah menengah ditangkap bersama rakan kerana disyaki mengedar dadah. Boleh rujuk keratan akhbar tersebut di bawah sini.
Difahamkan, melalui laporan, dadah tersebut bukan digunakan untuk dijual kepada murid ataupun penduduk sekitar, tetapi untuk dieksport kepada kawasan daerah tanah tinggi di Indonesia. Kedua-dua individu yang ditangkap juga positif dadah ampethamine.
Berdasarkan penangkapan ini, terdapat beberapa perkara yang boleh diperhatikan.
Yang pertama, kenapa seringkali jika individu tersebut ditangkap, jika dia merupakan seorang guru, maka tajuk headlines utama laporan tersebut akan menyatakan bahawa “GURU DITANGKAP”, “GURU DIDAKWA”, “GURU DIPERSALAHKAN”. Perkataan guru akan digunakan secara meluas bagi meningkatkan keinginan pembaca dan meningkatkan sensasi berita tersebut. Jika pekerjaan lain seperti kerani, jurutera dan lain-lain lagi tidak pula akan disebut dalam akhbar nanti. Adakah kerana ramai orang dengki dengan guru ataupun guru ini tidak boleh buat salah langsung sekarang?
Jika kita lihat berita begini di dalam surat khabar, pasti perkataan GURU akan digunakan untuk melariskan jualan berita dan akhbar.
Pihak akhbar juga perlu berfikir dahulu berkenaan impak yang terjadi jika sentiasa spin dan sensasikan perkataan “GURU” dalam setiap kali laporan akhbar bersifat negatif. Ini bukan mengapa, dikhuatiri akan merendahkan profesion perguruan itu sendiri. Boleh tengok pada keratan tajuk akhbar di post bawah ini.
2 keratan akhbar ini menunjukkan bagaimana perkataan guru digunakan bertujuan untuk mensensaikan berita dan jualan. Kepada pada guru, jangan khuatir nanti akan datang setiap 6 bulan guru perlu jalani ujian air kencing untuk menilai sama ada terlibat dengan dadah atau tidak.
Yang kedua, adakah kerana kos sara hidup yang semakin meningkatkan menyebabkan ramai individu membuat kerja sambilan tanpa mengira sama ada kerja tersebut sah atau tidak disisi undang-undang. Kerajaan perlu faham bahawa kos sara hidup yang tinggi menyebabkan tekanan kepada seseorang, dan tekanan tersebut akan menghasilkan tindakan yang negatif atau positif.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whatsapp dan telegram.
Follow kami di telegram -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]