MANIFESTO DONALD TRUMP SEBAGAI PRESIDENT OF USA
“Make America Great Again”. Itulah moto Donald Trump semasa berkempen untuk jawatan President America Syarikat menggantikan Barrack Obama. Berikut keputusan pada 9 November berkenaan dengan undian Donald Trump walaupun kurang dari segi undi majoriti.
Terdapat beberapa isu yang diutarakan semasa kempen Mr Trump untuk jawatan presiden meliputi hal melibatkan hubungan luar, terhadap orang Islam dan pelbagai perkara lagi. Antara isu dan manifesto Mr Trump semasa berkempen bagi Republican adalah :
Imigrasi
- Menghantar kembali pendatang dari Mexico dan anak mereka yang tidak melalui penguatkuasaan bermula dengan mereka yang mempunyai jenayah berat.
- Membesarkan tenaga kerja Imigresen di USA
- Bina tembok di sempadan Mexica-USA dan meminta Mexico membayarnya.
- Segera menggantung kemasukan individu dari negara bergolak dengan pengganas sehingga terdapat mekanisma mengesahkan tahap keselamatan pendatang tersebut.
- Block semua orang Islam yang masuk ke USA
Perdagangan
- Tarik diri dari TPP
- Runding kembali North American Free Trade Agreement
- Meningkatkan tarif import dari China sebanyak 45%.
Peraturan dan Undang-undang.
- Menghentikan jenayah
- Mengurangkan keganasan melibatkan senjata api.
Kesihatan
- Menyediakan khidmat kesihatan yang lebih murah.
- Menghukum doktor yang melaksanakan pengguguran haram.
- Mengemaskini Sistem Kesihatan Mental America kerana berpendapatan ini akan mengurangkan jenayah amukan senjata api di tempat awam.
Pertahanan
- Memperbaiki hubungan dengan Russia dalam menentang ISIS.
- Meningkatkan bajet menaiktaraf ketenteraan America untuk menyaingi Russia dan China.
- Mana-mana negara yang mendapat manfaat keamanan dari USA perlu membayar kos operasi ketenteraan tersebut
- Usaha menghapuskan ISIS diperkuatkan melalui Tentera Bersekutu.
- Melaksanakan perang cyber bagi menghalang propaganda ISIS
Senjata Nuklear
- Berunding dengan Korea Utara untuk menghentikan program Nuklear yang akan membuka ruang hubungan dua hala negara yang lebih mesra.
Inilah beberapa manifesto Donald Trump apabila memegang jawatan sebagai President America bermula Januari 2017 nanti. Tempoh 2 bulan ini akan digunakan oleh Donald Trump untuk menyusun organisasi pentadbiran bermula dengan di White House dengan membuang semua cara pentadbiran Barrack Obama.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram.
Follow kami di telegram -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]