MENANGANI MASALAH PERTUKARAN GURU
Masalah pertukaran guru bukan perkara hal yang baru. Perkara ini sudah lama berlaku. Ramai guru yang ingin pulang ke kampung halaman dan tempat yang diingini dek kerana pelbagai masalah peribadi masing-masing yang memerlukan mereka untuk berada di kampung. Orang awam atau orang bukan guru mungkin tidak dapat merasakan kenapa perkara ini merupakan isu yang besar yang sering menjadi perhatian YB Menteri sedangkan ia hanya melibatkan pertukaran guru. Bagi sesiapa yang tak melaluinya, pasti tidak akan merasakan kenapa perkara ini sangat penting bagi seorang guru.
Contoh ringkas melibatkan kewangan. Sebuah family melibatkan ibu ayah adalah guru dan mempunyai 4 orang anak yang mengajar di Sarawak. Apabila cuti sekolah, mereka mahu pulang ke kampung di Kelantan dengan terpaksa menggunakan satu-satunya pengangkutan yang ada iaitu kapal terbang. Untuk mendapatkan tiket yang murah, mereka perlu bercuti awal sehari atau pulang lewat sehari dari cuti. Tetapi,bercuti sehari sebelum dan selepas cuti tidak dibenarkan jika KAMU ADALAH SEORANG GURU walaupun mempunyi CUTI REHAT KHAS sebanyak 7 hari setahun. Mahu atau tidak mahu, terpaksalah membeli tiket yang berharga lebih kurang RM3 ribu untuk satu keluarga tersebut. Pengaliran kewangan ini menyebabkan semakin stress guru. Kalau orang awam mesti kata tak payah balik, tapi bilakah kita tahu ibu atau ayah guru tersebut akan dijemput malaikat maut. Nak tak nak, semasa mereka masih hayat ini, baliklah untuk berbakti kepada ibubapa. Ini baru bagi satu contoh mengenai kewangan, belum dikira orang yang berulang jauh dengan anak isteri, rawatan hospital, membayar rumah 2 buah dan pelbagai lagi masalah yang hanya guru yang tahu.
Sekarang 2 cadangan telah diutarakan iaitu 4 kali pertukaran guru setahun dan sistem pengambilan guru dari negeri tempatan mengikut kekosongan negeri. Boleh rujuk perkara di bawah.
2 gambar di atas merupakan cadangan berkenaan dengan temuduga guru mengikut negeri bagi mengurangkan masalah guru berjauhan dari keluarga. Cadangan ini merupakan rentetan dari dasar sekarang di mana banyak pada masa sekarang guru dari Sabah dan Sarawak diambil dan dilatih bagi mengisi kekosongan dan membolehkan guru semenanjung yang berada di sana pulang ke kampung.
Ini pula adalah cadangan di dewan rakyat iaitu kelulusan pertukaran guru 4 kali setahun. Pada tahun 2016 telah dibuka 3 kali setahun. Sekarang mari kitatunggu berapa kalikah untuk tahun 2017. Bagi admin, 5-6 kali pon admin akan cuba mohon dan merayu kalau tidak dapat.
Bolehkah cadangan ini menangani masalah pertukaran guru.?
Sebelum bercakap mengenai keberkesanan cadangan ini, kita harus berterima kasih dengan YB dan Kementerian kerana setidaknya mereka berusaha untuk membantu guru dan telah ramai sekarang guru dapat berada di tempat yang mereka mahu. Cuma pihak Kementerian perlukan masa untuk membantu bilangan guru 421 828 orang ini.
Diharapkan bila cadangan ini dilaksanakan, pihak kementerian utamakan orang yang mempunyai masalah kritikal dan perlukan perhatian seperti guru dari Sarawak dan Sabah yang telah banyak berkorban masa, harta, wang ringgit untuk memenuhi tuntutan tugas sebagai seorang guru.
Perhalusi juga masalah peribadi guru sama ada berkaitan keluarga atau kesihatan ahli keluarga dan pegawai itu sendiri. Keselamatan guru merupakan perkara utama yang perlu dititikberatkan. Diingatkan juga duduk berjauhan suami isteri boleh membawa kepada perpecahan keluarga. Banyak sudah telah berlaku. Sama ada suami isteri guru ataupun salah seorang sahaja yang bekerja sebagai guru. Institusi keluarga perlu dilindungi. Nasib anak yang membesar tanpa kedua ibubapa di sisi pastinya menyebabkan perkembangan anak tidak sempurna.
In sha Allah, Kementerian Pendidikan Malaysia di bawah pimpinan YB pastinya akan cuba buat yang terbaik untuk para guru. Pesanan kepada para guru, berdoalah dan berusaha dengan merayu dan minta sokongan pelbagai pihak bagi memudahkan pertukaran. In sha Allah, jika ada rezeki, pasti kemahuan kita tercapai.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram.
Follow kami di telegram -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]