Sumber Pendidikan

Menu
  • SPM KSSM
    • Bahasa Inggeris SPM
  • DSKP
  • RPT KSSR KSSM 2021
  • Pelaporan PBD
  • Buku Teks Digital
  • Kertas Ujian
  • kerja kosong
  • Privacy Policy

Lain-lain

Keputusan UPSR 2016 vs UPSR 2015

admin November 18, 2016

KEPUTUSAN UPSR 2016

Tahniah kepada semua murid yang mendapat keputusan Semua A dalam kertas Ujian Pencapaian Sekolah Rendah 2016. Kepada murid yang tidak mendapat keputusan semua A dan murid yang gagal, jangan khuatir kerana ini baru peringkat pertama. Masih banyak peringkat dan peperiksaan lagi yang perlu dilalui oleh semua.Anda bukan gagal, tetapi belum BERJAYA.

Tidak terlepas juga Perdana Menteri Malaysia mengucapkan ucapan tahniah kepada semua calon UPSR.

najib-ucap-tahniah-upsr-2016

Berdasarkan keputusan UPSR 2016 yang dikeluarkan pada 17 November 2016, keputusan yang dikeluarkan tidak setinggi keputusan yang dikeluarkan pada tahun-tahun sebelum ini.

keputusan-upsr-2016-kebangsaan

Keputusan UPSR 2016 ini boleh dibandingkan dengan keputusan UPSR 2015 yang lalu. Pada tahun 2015, murid yang berjaya mendapat SEMUA A dalam kertas peperiksaan UPSR adalah seramai 38 344 orang iaitu 8.65% daripada semua calon UPSR di Malaysia. Pada tahun 2015, seramai 443 407 murid menduduki UPSR.

Pada tahun 2016 ini, seramai 452, 751 murid menduduki UPSR. Bilangan murid yang mendapat A semua dalam mata pelajaran adalah seramai 4896 murid iaitu 1.1% daripada semua calon UPSR. Lebih 7% perbezaan yang boleh diperhatikan jika dibandingkan dua keputusan ini.

Gred Purata Kebangsaan pula adalah sebanyak 2.27 pada tahun 2015. Manakala, pada tahun 2016 ini, Gred Purata Kebangsaan adalah sebanyak 2.96. Untuk pengetahuan, semakin kecil nilai gred purata kebangsaan, semakin bagus prestasi sekolah ataupun Pejabat Pendidikan Daerah dan Jabatan Pendidikan Negeri.

Walaubagaimanapun, pencapaian pada tahun ini tidak adil untuk dibandingkan dengan pencapaian pada tahun sebelumnya. Ini disebabkan, bentuk dan kaedah penilaian pada tahun ini dan tahun lepas, sangat berbeza sekali. Yang pertama, dari segi kurikulum, pada tahun sebelumnya menggunakan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah KBSR sebaliknya pada tahun ini menggunakan Kurikulum Standard Sekolah Rendah. Perlu difahamkan bahawa kandungan kurikulum KSSR lebih ke hadapan dan banyak berbanding kurikulum terdahulu.

Pada tahun ini juga, ditambah satu kertas peperiksaan Penulisan Bahasa Inggeris yang menjadikan murid perlu mendapat 6A untuk mencapai Semua A dalam mata pelajaran UPSR. Tambahan pula, boleh dikatakan bahawa Penulisan Bahasa Inggeris antara killer bagi UPSR. KSSR juga merupakan bentuk kurikulum yang menitikberatkan kemahiran murid terutama Kemahiran Berfikir Aras Tinggi. Soalan yang digubal semua bertujuan mencabar pemikiran murid lebih kritikal dan mendalam. Perlu diingatkan juga terdapat pelbagai perkara baharu lagi dalam penilaian menyeluruh murid seperti PBS, PAJSK, Segak dan bermacam lagi. Pendek kata, nilailah murid secara holistik dan bukan berdasarkan bilangan A dalam UPSR.

 

 

Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram.

Follow kami di telegram -> https://telegram.me/sumberpendidikan

[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com  / sumberpendidikanguru@gmail.com]

Prev Article
Next Article

Related Articles

Lembaran Kerja Prasekolah 2020 Perkongsian kali ini melibatkan pelbagai lembaran …

Lembaran Kerja Prasekolah 2020

Cadangan Masa Pembelajaran Mengikut Subjek di Sekolah 2022 Perkongsian kali …

Cadangan Masa Pembelajaran Mengikut Subjek di Sekolah Rendah 2022

About The Author

admin

Leave a Reply Cancel Reply

Subscribe channel Sumber Pendidikan

  • RPH SK SMK by ROZAYUS 2024
  • RPH SK SMK by CG GORGEOUS 2024
  • RPH PRASEKOLAH 2024
  • RPH PPKI RENDAH MENENGAH 2024
  • REKOD PERSEDIAAN MENGAJAR (FAIL RPH) 2024
  • Bahan Lengkap Fail Panitia Mengikut Senarai Semak
  • Penetapan Keberhasilan PBPPP 2021
  • Panduan dan Contoh Evidens Lengkap SKPMg2
  • myPortfolio : Panduan dan bahan berkaitan
  • Koleksi Bahan Bahan Kokurikulum

Popular Posts

  • RPT Pendidikan Seni Visual Tahun 1 2026 …
    November 26, 2025 0
  • RPT Sains Tahun 1 2026 KSSR Semakan
    November 26, 2025 0
  • RPT Bahasa Inggeris CEFR Tahun 1 2026 …
    November 26, 2025 0
  • RPT Bahasa Melayu Tahun 1 2026 KSSR …
    November 26, 2025 0

Contact Us

Untuk beriklan di web dan telegram, hubungi kami melalui whatsapp di hubungi kami di whatsapp

Sebarang masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com

Penafian

Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang sebarang komen yang dibuat oleh pengunjung laman web ini dan kerosakan yang diterima pengguna

Free Porn porn Sex

Sumber Pendidikan

Copyright © 2025 Sumber Pendidikan
Theme by MyThemeShop.com

Ad Blocker Detected

Refresh