CUTI SEKOLAH SEMPENA PERAYAAN 2017
Sekarang heboh di media sosial berkenaan dengan jadual atau takwim berkenaana dengan cuti sekolah sempena perayaan bagi sesi 2017. Tidak dapat dipastikan sama ada takwim ini daripada pihak KPM atau bukan.
Bagi mereka yang bergelar guru di Sabah dan Sarawak terutamanya, mesti akan ternanti-nanti jadual cuti seperti ini bagi membolehkan tiket penerbangan ditempah awal bagi mengelakkan harga menjadi terlalu mahal.
Namun begitu, tidak dipastikan sama ada ini adalah tarikh-tarikh yang telah dikeluarkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia bagi sesi 2017.
Berikut merupakan jadual takwim tersebut.
Berdasarkan jadual tersebut, 3 perayaan utama masyarakat majmuk di Malaysia masing-masing mendapat lebih kurang satu minggu cuti iaitu Tahun Baru Cina, Hari Raya Aidilfitri, dan Deepavali.
Mahupun belum disahkan, namun telah ramai merancang percutian dan perjalanan balik kampung melalui takwim di atas ini. Ada yang sudah membeli tiket melancong dan pelbagai lagi.
Jika diikutkan, sangat bagus sekali KPM yang menetapkan cuti yang sama banyak dan adil bagi setiap kaum di negara ini untuk menyambut perayaan masing-masing.
Diharapkan agar pihak Kementerian Pendidikan Malaysia dapat mengeluarkan takwim sebenar yang telah disahkan melalui pekeliling-pekeliling tertentu bagi memudahkan urusan guru untuk merancang percutian atau pulang ke kampung.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]