BENARKAH LEPASAN IPG MACAM INI?
Sekarang ramai orang share berkenaan dengan satu penulisan yang menyatakan betapa hampehnya budak-budak lulusanatau lepasan IPG ini. Bagi yang tak tahu, IPG ini dulu dikenali sebagai maktab, sekarang dinaiktaraf menjadi Institut Pendidikan Guru Malaysia. Yang menjadi persoalan utama adalah benar atau tidak seperti yang diberitahu. Perlu diingatkan ya, hanya mereka yang berada di IPG sahaja yang memahami budaya IPG tersebut.
Perkara pertama “Budak-budak IPG memang ramai. Kalau mahu dibilang, memang tak cukup jari. Cuma, timbul persoalan. Mana budak-budak IPG pergi masa demo bantah GST ? Mana budak-budak IPG pergi masa BERSIH ? Ok abaikanlah pasal demo tu. Aku nak tanya, apa yang budak-budak IPG buat sebagai respon kepada isu-isu yang berkaitan pendidikan misalnya pemansuhan PPSMI, pelaksanaan DLP, cadangan mata pelajaran wajib lulus SPM, cadangan pelaksanaan Pendidikan Seks, dan lain-lain ? Ada buat penulisan tulis ke akhbar ? Ada buat persidangan meja bulat ? Ada buat forum ? Ada hantar memorandum ?
Sebenarnya tak perlu nak harap budak IPG turun demo semua. Profesional dari PAS pon xde turun nak berdemo. Maknanya budak IPG ni profesional lah. Lepastu mana tahu yang budak IPG xde buat penulisan dekat akhbar. Takkan dieorang nak beritahu yang mereka ni tulis itu, tulis ini nak bagi cadangan dekat kerajaan?? Kalau nak tahu, ramai je lepasan IPG sekarang yang menulis cerpen, prosa, novel dan pelbagai lagi dan dihantar ke pelbagai saluran seperti YIIB Yang indah itu bahasa, Dewan Bahasa, akhbar dan pelbagai saluran lagi. Pernah jugak sebuah novel yang ditulis olegh lepasan ipg digunakan untuk drama melayu. Tak silap lakonan Sharnaz Ahmad rasanya.
Perkara kedua pula, Memang ramai budak-budak SBP & MRSM dekat IPG. Result gempak-gempak kot. Bak kata pepatah, ini olang manyak celedik maaaaa. Cuma, timbul persoalan. Biarpun berlambak budak-budak yang ‘celedik’ ni, kenapa budaya ilmu semacam tidak ada di IPG ? Bukankah ia amat merugikan ? Macam aku kata lah, budak-budak IPG ramai yang ‘celedik’, tetapi tidak berbudaya dengan budaya ilmu. Kalau tak percaya, cuba engkau orang jalan-jalan dekat IPG, engkau orang boleh tengok sendiri berapa ramai aje budak-budak IPG yang pegang buku. Atau pun, engkau orang cuba lah sembang-sembang dengan budak-budak IPG, kemudian tanya mereka tentang buku terakhir yang mereka baca, terkial-kial weh nak jawab. Itu dari segi membaca. Belum lagi aku cerita tentang program-program ilmiah di IPG, sangat mengecewakan.
Siapa kata dekat IPG budaya ilmu tiada??? Di IPG bukan membaca semata-mata. Mereka belajar dan praktik. Belajar pedagogi dan praktikkan sama ada di kelas sendiri atau di sekolah mereka praktikal. Tak silap saya, di perpustakaan IPG sentiasa dipenuhi oleh pelajar mereka. Lagipun, mereka IPG ada tinggal di asrama dan rumah sewa. Bagus mereka baca buku dekat rumah atau asrama, lagi selesa dan senang. Untuk yang kata IPG xde program ilmiah, itu silaplah. Di IPG ada banyak program Ilmiah sama da pihak IPG anjurkan atau pelajar mereka sendiri. Antara program berbentuk islamik adalah Menyembelih haiwan ternakan, pengurusan jenazah, kursus kahwin, dan pelbagai lagi. Itu belum lagi program dari kelab aktif di maktab seperti Kelab Sahabat Siswa KESAS dan Persatuan Intelektual Mualim.
Yang ketiga pula Untungnya masuk IPG, salah satu sebab adalah tak payah pening-pening fikir nak cari duit untuk bayar yuran pengajian. Kerajaan UMNO-BN tanggung semuanya. Jadi, budak-budak IPG boleh watlek watpis, tak payah susah-susah kerja part time petang malam. Dalam erti kata lain, budak-budak IPG punya masa lapang yang cukup banyak. Persoalannya, sejauh manakah budak-budak IPG memanfaatkan masa lapang mereka dalam hal-hal yang berfaedah ?
Berkenaan masa lapang ini, adat mereka ada masa lapang dan ada masa sibuk. Kadang-kadang mereka sibuk takkan nak beritahu semua orang. Pernah mereka perlu ke sekolah selama 3 bulan selepas habis ujian semester terakhir semata-mata nak isi kekosongan guru. Itupun tiada elaun dan gaji tu untuk mereka duduk di sekolah menjadi guru selama 3 bulan. Kalau ada yang tak puas hati pasal elaun kerajaan tanggung ni, bagus pergi dewan rakyat lepas tu usulkan nak ubah dasar pendidikan di Malaysia. Senang.
Yang keempat pula, Budak-budak IPG memang akhirnya akan jadi cikgu di sekolah. Ada yang dihantar ke kawasan pedalaman, luar bandar dan bandar. Bagi aku, kerjaya sebagai seorang guru bukanlah susah mana pun. Masuk kelas, mengajar. Habis kelas, tanda buku. Meeting tu biasalah. Sampai masa, balik. Senang kata, mudah lah hidup. Belajar masa dekat IPG dulu senang, dah kerja pun senang. Selesa lah kata orang. Aku tak nafikan, ada cikgu-cikgu yang terbeban dengan macam-macam tugasan. Tapi bila aku teringat dekat abang aku, bila aku teringat dekat pakcik makcik aku, kurang sikit simpati aku pada cikgu-cikgu ni. Abang aku doktor, pakcik aku askar, makcik aku berniaga, kerja lagi lah, tak perlu kot aku cerita. Aku cuma mahu cakap, kurang-kurangkan lah merungut cikgu-cikgu sekalian. Kalau dah rasa terbeban tu, ‘buatlah sesuatu’. Jangan sebab kerja dengan kerajaan, maka harus patuh sepatuh-patuhnya. Berani sikit, cabar dasar-dasar yang dirasakan tidak relevan. Dato Seri Najib sendiri pernah kata, era kerajaan tahu semuanya, sudah berakhir. Nahhhhhhhhhh. ‘Culture of fear’ tidak boleh kita izinkan bertapak lebih lama dalam profesion keguruan. Yang jadi mangsa nanti, anak-anak kita !
Yang ni paling senang, ingat jadi guru senang ke? Kalau belum pernah jagi guru, pastinya takkan rasa pelbagai cabaran jadi guru. kalau setakat guru ganti pon takkan rasa seperti guru sebenar. Guru dekat bandar, luar bandar dan pedalaman semua ada cabaran tersendiri. Kalau nak tahu, masih ramai lagi guru yang ada anak bini terpaksa duduk berjauhan kerana si suami ini guru di pedalaman lepas tu di sarawak lagi. Sudahlah keluarga ditinggalka, lepas tu nak masuk ke sekolah bukannya senang. Takkan nak minta sorang-sorang guru pedalaman cerita kesukaran mereka berulang ke tempat kerja. Mereka buat kerja ikhlas kot. Senang kata, setiap pekerjaan ada cabarannya tersendiri. Guru pon ada membantah atau memohon dasar kerajaan diperbaiki tapi perlulah melalui saluran yang betul. Mereka ada persatuan sendiri seperti NUTP dan Koperasi sendiri. Jadinya, takkan nak suruh mereka jadi keyboard warrior dahulu??? Bagus guru ni tumpu pendidikan anak bangsa dari buat kerja yang tak berfaedah.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]
princesscandle
salam nak tanya, boleh kah graduan ipg sambung master?
admin
boleh cg..ramai dah graduan ipg memiliki master sekarang di sekolah..
neon
kalau sambung master boleh ajar di mana? smk atau still sk?
admin
tiada masalah di smk atau sk..asalkan masuk melalui ipg ataupun universiti pendidikan melalui temuduga spp