Peranan dan Tanggungjawab PBPPP
Peranan dan Tanggunjawab merupakan bab pertama dalam penghasilan fail pbppp.
Item pertama adalah mengenai vitae kurikulum ataupun details kurikulum guru.
Pada item ini, guru perlu menyatakan secara menyeluruh dan lengkap maklumat diri guru termasuk dengan jawatan perkhidmatan, stesen bertugas sepanjang perkhidmatan, kelulusan akademik dan juga kemahiran yang dimiliki oleh guru.
Kemahiran yang boleh dinyatakan oleh guru juga termasuk dengan kemahiran penggunaan ict dan guru boleh menyatakan lagi secara terperinci kemahiran guru sama ada mahir menggunakan perisian seperti Adobe Photoshop dan juga Video Editor seperti Sony Vegas Pro.
Guru juga perlu menyatakan pertubuhan dan persatuan yang dianggotai oleh guru sepanjang perkhidmatan. Pastikan guru lampirkan bukti keahlian pertubuhan yang disertai seperti contoh minit mesyuarat, laporan bergambar dan pelbagai lagi yang membuktikan guru adalah ahli pertubuhan tersebut.
Seterusnya adalah item falsafah pendidikan kebangsaan. Yang ini guru hanya perlu copy dan edit cantik cantik dan cetak untuk masukkan dalam fail. Jika guru adalah penerangan yang terperinci mengenail fpk ini juga boleh diselitkan dalam fail.
Falsafah Pendidikan kebangsaan
Item ketiga adalah skop kerja. Skop kerja ini meliputi bidang kerja cikgu. Senang kata, semua tugasan dan surat pelantikan guru boleh diletakkan di dalam fail ini. Guru juga perlu sediakan fail meja tugasan dan tanggungjawab guru seperti fail meja guru kelas dan fail meja ketua panitia. Fail meja sebegini boleh google sahaja.
Contoh fail meja guru mata pelajaran
Item keempat adalah mengenai SKT atau sasaran kerja tahunan. Pada masa ini, gantikan SKT dengan keberhasilan yang guru telah sediakan pada tahun 2016. Dan pada tahun 2017, terdapat lebih kurangn 44 keberhasilan seorang guru meliputi kurikulum, hem, kokurikulum dan tugasan lain.
Semoga bermanfaat kepada guru.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]