Sumbangan kepada organisasi PBPPP
Bab sumbangan kepada organisasi ini mempunyai tiga item iaitu senarai tugas dan tanggungjawab, sumbangan kepada ppd, jpn dan kpm dan penulisan/penerbitan.
Item pertama adalah mengenai senarai tugas dan tanggungjawab guru pada tahun semasa meliputi semua aspek melalui kurikulum, kokurikulum, hem dan tugas-tugas khas.
Senarai tugas dan tanggungjawab
Semua surat perlantikan jawatan sama ada daripada sekolah atau ppd perlu diselitkan sekali di dalam ini sebagai bahan bukti perlantikan.
Item kedua melibatkan sumbangan kepada ppd, jpn dan kpm. Sumbangan ini melibatkan tugasan seperti penceramah, pembentang, jurulatih utama, jurulatih sukan (olahraga), ajk program-program peringkat ppd, jpn, kpm dan pelbagai lagi tugasan lain.
Selitkan sekali surat panggilan mesyuarat jawatankuasa sesuatu program ataupun surat perlantikan tersebut.
Item ketiga melibatkan penulisan dan penerbitan. Semua jenis penulisan dan penerbiatan boleh dinyatakan di sini seperti kajian tindakan, buku, modul, penulisan cerpen dan sajak dalam akhbar atau majalah.
Paling senang, mulakan majalah sekolah dan guru boleh berkongsi penulisan di sana. Jika ada keluarkan buku tidak kira penerbitan mana-mana, cetak muka hadapan buku tersebut dan minta guru besar sahkan bahawa kita penulis buku tersebut.
Semoga bermanfaat kepada guru.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]