PANDUAN TIDUR MENGIKUT RASULULLAH S.A.W
Tidur merupakan satu keperluan kepada manusia. Islam juga ada memberikan panduan dan bimbingan kepada orang Islam untuk tidur dengan baik dan betul. Cara dan perlakuan Nabi Muhammad S.A.W ketika tidur juga menjadi sunnah dan ikutan kepada umat Islam.
Cara Rasulullah s.a.w tidur adalah dengan memiringkan tubuh ke arah kanan, berzikir dan tidur tidak dalam keadaan terlalu kenyang atau keadaan terlalu lapar.
Tidur mempunyai dua kebaikan iaitu.
- Merehatkan seluruh anggota badan termasuk deria, sehingga menyebabkan badan terlepas dari beban kerja berat dan menghilangkan kepenatan.
- Tidur juga menyempurnakan penghadaman makanan dan proses pembakaran di dalam badan.
Islam juga menitikberatkan waktu tidur dalam kehidupan seharian. Tidur waktu siang tidak baik kecuali seketika sebelum zohor. Ini disebabkan tidur pada waktu siang menyebabkan timbul sifat malas, melemaskan saraf, dan beberapa perkara lagi. Tidur yang paling tidak baik adalah ketika di awal siang dan akhir siang.
Tidur di awal siang iaitu di waktu pagi dapat menolak dan mengecilkan pintu rezeki. Tidur pagi ini juga dapat menyebabkan otot dan badan berasa malas dan lemah. Tidur selepas asar juga dikatakan tidak elok kerana boleh menyebabkan kegilaan.
Menurut buku Berubat Mengikut Nabi, alasan kenapa memiringkan badan ke kanan ketika tidur adalah untuk mengurangkan rasa nyenyak ketika tidur. Ini disebabkan, apabila memiringkan badan ke kanan, jantung yang berada di kiri pastinya akan mencari kedudukannya di sebelah kiri. Ini menyebabkan tidur menjadi kurang nyenyak.
Berbeza pula ketika tidur memiringkan ke kiri, ketika tidur sebegini, pastinya jantung akan berada pada kedudukan yang sangat selesa sehingga menyebabkan tidur menjadi sangat nyenyak. Tidur yang terlalu selesa ini pastinya menyebabkan seseorang itu akan terlepas sesuatu pekerjaan yang penting dalam hal seharian.
Rasulullah s.a.w berpesan supaya untuk umatnya mengambil wudhuk terlebih dahulu sebelum tidur. Baca doa di bawah ketika mahu tidur.
“Ya Allah, sesungguhnya aku berserah diri kepada Mu, mengarahkan wajahku kepada Mu, menyerahkan urusanku kepada Mu, menyandarkan punggungku kepada Mu, kerana rasa harap dan takut kepada Mu. Tidak ada tempat berlindung dan tempat mencari keselamatan melainkan kepada Mu jua. Aku beriman kepada kitab Mu yang Engkau turunkan, Nabi yang Engkau utus.”
In sha Allah tidur menjadi ibadah dan dalam rahmat Allah s.w.t
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram.
Follow kami di telegram -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]