Ujian Bulan Mac Pendidikan Moral Tahun 4
Mahupun pengisian di dalam template pelaporan offline merupakan salah satu pentaksiran berasaskan sekolah yang dikehendaki oleh KPM, namun, Ujian Bulanan masih boleh diteruskan oleh mana-mana sekolah tanpa halangan.
Antara ujian bulanan yang dilaksanakan di sekolah adalah ujian bulan Mac, Ujian bulan mei (pertengahan tahun), ujian bulan september dan ujian bulan november (akhir tahun).
Ujian bulanan yang paling awal adalah ujian bulan mac. Ada sekolah meminta guru mentadbir ujian untuk semua mata pelajaran dan ada juga sekolah yang mengadakan ujian hanya untuk mata pelajaran teras.
Malah ada juga sekolah yang hanya mentadbir ujian bagi pertengahan tahun dan akhir tahun.
Contoh soalan
- Igang dan ayahnya akan membuka _______________ sebelum masuk ke dalam masjid.
- Tuhan akan ________________ kepada kita sekiranya kita sentiasa berdoa
- Pakain yang tidak _______________ dilarang dipakai ke tempat beribadat
- Puan Siew Eng menyalakan _____________ sebelum berdoa.
- Kakak dan adik dimarahi ibu kerana ketawa dengan ________________ semasa berada di dalam gereja.
- Safiyyah diajar untuk membaca _______________ sebelum tidur.
- Shah Rukh Khan ___________ ketika masuk ke dalam rumah Hisyam kerana ibu dan ayahnya sedang bersembahyang.
- Lin Dan ________________ bekas makanannya ke dalam tong sampah yang disediakan di luar tokong.
- Paulin berjalan __________________ ketika orang ramai sedang beribadat.
- Selepas keluar dari kuil, Jana ________________ kertas-kertas yang bertaburan di halaman kuil.
- Ahmad ___________ dengan orang ramai yang berada di masjid itu selepas solat.
Contoh soalan
Ujian Mac Pendidikan Moral Tahun 4
Semoga bermanfaat kepada guru.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]
paklah
Terima kasih Berkongsi..semoga murah rezki tuan dan dipermudahkan urusan tuan…