Ujian Mac Bahasa Melayu Penulisan Tahun 3
Mahupun pengisian di dalam template pelaporan offline merupakan salah satu pentaksiran berasaskan sekolah yang dikehendaki oleh KPM, namun, Ujian Bulanan masih boleh diteruskan oleh mana-mana sekolah tanpa halangan.
Antara ujian bulanan yang dilaksanakan di sekolah adalah ujian bulan Mac, Ujian bulan mei (pertengahan tahun), ujian bulan september dan ujian bulan november (akhir tahun).
Ujian bulanan yang paling awal adalah ujian bulan mac. Ada sekolah meminta guru mentadbir ujian untuk semua mata pelajaran dan ada juga sekolah yang mengadakan ujian hanya untuk mata pelajaran teras.
Malah ada juga sekolah yang hanya mentadbir ujian bagi pertengahan tahun dan akhir tahun.
Contoh soalan
- Gariskan kata nama am hidup bukan manusia di dalam ayat-ayat yang diberikan.
Contoh : Mak Cik Salmah membela burung di dalam sangkar.
- Pak Samad menggunakan cangkul untuk mencari cacing sebagai umpan memancing.
- Puan Suraya menerima sejambak bunga daripada suaminya sempena hari jadinya yang ke-36 tahun.
- Angin yang bertiup kencang semalam telah menyebabkan banyak pokok tumbang di kawasan perumahan.
- Pak Imran mengait buah langsat di dusunnya dengan sebatang galah untuk dijual kepada peraih.
- Kawasan hutan itu telah ditebang untuk projek pembinaan rumah kos rendah.
Dapatkan soalan di sini
Semoga bermanfaat kepada guru.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]