Slip atau laporan yang perlu ibubapa pastikan ada pada anak selesai tahun 6.
Ini beberapa peringatan kepada ibubapa terutamanya dan juga guru jika ada anak-anak yang telah habis ataupun selesai di sekolah rendah dan ingin memasuki sekolah menengah. Tidak kiralah apa jenis sekolah menengah yang anak kita nak masuk, tetapi kita sebagai ibubapa perlu pastikan anak kita mempunyai slip dan laporan berikut dalam simpanan masing-masing.
1. Pelaporan Pentaksiran Sekolah Tahun 6
Pelaporan ini perlu disediakan oleh pihak sekolah. Pelaporan ini menerangkan dengan terperinci penguasaan anak-anak dalam setiap mata pelajaran yang dipelajari di sekolah rendah terutamanya semasa di tahun 6.
2. Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan dan Kokurikulum
Sijil / Laporan markah yang diperolehi oleh murid dalam penglibatan kokurikulum. Pelaporan ini juga dikeluarkan oleh pihak sekolah bermula tahun 2016. Setiap penglibatan dan pencapaian murid dalam bidang kokurikulum sama ada sukan atau persatuan/badan beruniform akan direkod dan markah keseluruhan murid dicatatkan. Pelaporan ini akan menjadi pembeza di antara murid-murid pandai yang mohon ke sekolah berasrama penuh.
3.SEGAK Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan.
Segak juga merupakan satu komponen dalam PAJSK. Namun, segak mempunyai helaian pelaporannya tersendiri. Segak akan diisi oleh guru PJ tahun 6 berpandukan pencapaian murid dalam ujian yang dilaksanakan.
4. Slip UPSR
Slip UPSR ini disediakan oleh pihak lembaga yang dihantar melalui sekolah. Slip ini menyatakan pencapaian dan gred diperolehi murid semasa Ujian Pencapaian Sekolah Rendah.
5. Pelaporan Psikometrik
Pelaporan Psikometrik disediakan oleh Guru Bimbingan dan Kaunseling melalui profil individu setiap murid. Pelaporan Psikometrik juga dikenali sebagai ujian aptitud bagi murid tahun 6.
6. Keputusan pencapaian murid setiap ujian.
Pencapaian murid setiap ujian sebenarnya direkodkan di dalam sistem online iaitu SAPS. Guru hanya akan mencetak pelaporan murid setiap ujian dan ibubapa boleh melihat pencapaian murid secara menyeluruh dari segi gred, markah dan kedudukan. Tambahan pula, kehadiran murid pada sesi persekolahan tersebut juga dinyatkan pada keputusan tersebut.
Pastikan bahawa semua sijil penglibatan anak-anak yang asli ada dalam simpanan kita. Jika terdapat salah eja atau salah no kad pengenalan, sila minta pihak sekolah keluarkan sijil yang baru. Sijil ini akan disimpan sehingga dapat digunakan sebagai lampiran untuk memohon kerja.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain. Klik sahaja button share di atas dan bawah post untuk kongsi kepada rakan anda.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]
unknown
Good