NOTA PADAT PERSEDIAAN UPSR, PT3 SPM
Di awal tahun ini, seeloknya anak-anak yang akan menghadapi peperiksaan perlu bersedia dengan pelbagai bahan bagi menghadapi peperiksaan awam yang akan mendatang.
Mengapa Perlu Membuat Nota?
Semasa membuat nota, anda menggunakan otak untuk berfikir secara kritis, analitik dan kreatif untuk menapis isi-isi penting semasa cikgu mengajar, atau semasa sedang membaca. Nota juga dapat membantu pelajar mengimbau kembali apa-apa yang telah dipelajari atau apa-apa yang kita baca. Nota merupakan rekod kekal yang boleh dirujuk pada bila-bila masa atau apabila terlupa.
Membuat nota adalah satu kaedah berkesan untuk pengukuhan. Pelajar juga tidak perlu mengingat semua yang telah dipelajari. Nota sebenarnya boleh membantu pelajar membuat rujukan akhir sebelum menghadapi peperiksaan. Membuat nota daripada buku teks atau rujukan ada banyak kelebihannya, misalnya membantu pelajar memahami pelajaran, berguna jika tidak mampu membeli buku rujukan, dan dapat meningkatkan penguasaan berfikir dalam sesuatu topik.
Teknik Membuat Nota
Buat persediaan yang lengkap, misalnya pen, pensel, kertas dan buku. Tuliskan tajuk nota yang hendak dibuat. Kenal pasti kata kunci. Gunakan formula ( 4W + H) iaitu What- apa , Why- kenapa , When- bila , Where- di mana dan How- Bagaimana. Catatkan isi-isi sahaja seperti definisi, keterangan dan penjelasan. Lukiskan gambar rajah atau carta yang sesuai
Pada zaman sekarang pula, hampir semua murid-murid terutama pelajar sekolah menengah telahpun mempunyai telefon pintar.
Amatlah baik sekali jika di dalam telefon pintar tersebut diletakkan beberapa nota bagi memudahkan mereka membaca bagi membuat persediaan peperiksaan.
Menjadi tanggungjawab ibubapa untuk memantau penggunaan telefon bimbit anak-anak.
Dikongsikan nota bagi pelbagai mata pelajaran untuk peperiksaan UPSR, PT3 dan SPM.
Nota tersebut akan ditambah dan dikemaskini dari semasa ke semasa.
Berikut merupakan nota di bawah.
NOTA UPSR
Nota Padat Cuti Terancang Persediaan UPSR 2017
NOTA PT3
Nota Padat Cuti Terancang Persediaan PT3 2017
NOTA SPM
Nota Padat Cuti Terancang Persediaan SPM 2017
Semoga bermanfaat
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain. Klik sahaja button share di atas dan bawah post untuk kongsi kepada rakan anda.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]