KERTAS KERJA MINGGU TRANSISI 2017
Antara program pertama yang akan dilaksanakan oleh pihak sekolah di awal tahun adalah program minggu transisi murid tahun 1.
Minggu ni dirancang khas kepada murid tahun 1 bertujuan untuk mendedahkan dan membiasakan murid dengan suasana persekitaran sekolah.
Mereka akan diperkenalkan dengan mata pelajaran, guru guru pentadbir serta kawasan dan persekitaran sekolah.
Tempoh bagi melaksanakam program ini adalah lebih kurang satu minggu.
PENGENALAN
Program Transisi Tahun Satu merupakan satu program yang bertujuan untuk membantu murid menghadapi perubahan daripada pendidikan tidak formal di rumah atau tadika kepada pendidikan lebih formal di Tahun Satu sekolah rendah. Dalam masa yang sama program ini juga dapat memastikan agar semua murid Tahun Satu yang datangnya dari latar belakang, pengalaman dan sosio ekonomi yang berbeza akan dapat memulakan proses pembelajaran di Tahun Satu pada tahap pencapaian yang hampir sama.
Matlamat Program
Program Transisi Tahun Satu akan dapat :
- Membimbing murid melalui fasa alam tadika kepada alam persekolahan secara formal.
- Menyediakan dan membantu murid-murid menyesuaikan diri dengan situasi persekitaran, guru-guru dan kawan-kawan baru dalam masa yang singkat.
- Menarik minat murid untuk berasa seronok untuk datang ke sekolah untuk belajar.
Berikut merupakan koleksi kertas kerja minggu transisi sekolah 2017.
kertas kerja minggu transisi 2017
kertas kerja minggu transisi dan jadual aktiviti
Berikut pula adalah jadual dan contoh modul program transisi seperti contoh cadangan aktiviti yang boleh dilaksanakan.
Modul Program Transisi Tahun 1
Selamat bertransisi cikgu.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram.Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]