Kalau sebut sahaja forex mesti ramai tahu kan apa itu forex. Forex itu singkatan daripada Foreign Exchange iaitu Pertukaran Mata wang asing. Selalu kan dengan ramai pedagang mata wang ini mengaut untung melalui jual beli mata wang asing. Paling menguntungkan ketika Brexit baru ini di mana pound sterling menurun dan USD meningkat. OK, post kali ini bukan nak bincang soal halal haram Forex ini, tetapi berkongsi KISAH BENAR daripada seorang kawan yang menceritakan bagaimana Pelaburan Forex ini telah memecahbelahkan keluarganya.
Kisahnya begini….(cerita dipendekkan kerana terlalu panjang dan diolah lebih mudah)
Sekitar tahun 2014, Si Polan merupakan lepasan universiti dan sedang mencari pekerjaan untuk menyara hidupnya dan ibubapanya walaupun ibubapanya merupakan kakitangan kerajaan. Pada suatu hari, si polan ini ternampak satu hebahan berkenaan dengan pelaburan Forex yang menjanjikan kehidupan mewah. Pelaburannnya mudah sahaja, invest minimun 10 ribu ringgit Malaysia, setiap bulan akan dapat beberapa percent keuntungan daripada jumlah pelaburan ini lebih kurang 10 peratus. Contohnya labur 10 ribu dan setiap bulan akan dapat RM1000.00.
Cukup sahaja dalam 10 bulan, si Polan ini telah dapat kembali modalnya dan memasang cita-cita lebih tinggi iaitu nak jadi ejen dan makan komisen daripada setiap pelabur yang dibawa. Penerangannya mudah, kalau Si Polan ini berjaya bawa pelabur, setiap 5 percent daripada pelaburan tersebut akan jadi milik ejen ini.
Langkah si Polan ini tersilap besar di sini, Si Polan ini bertindak dengan mencari pelabur daripada keluarga terdekat sama ada adik beradik, sepupu, mak atau bapa sedara dan mana-mana ahli keluarga yang terdekat. Maka, ramailah saudara terdekat yang turut serta melabur melalui si polan ini, sepupu ada, ayah saudara ada, ibu saudara ada, suami sepupu ada, dan beberapa lagi ahli keluarga. Dalam setahun, banyak jugalah yang dilaburkan oleh ahli keluarga si polan ini dengan jumlah pelaburan tersebut lebih RM 200 ribu. Pada waktu ini, si Polan masih merahsiakan daripada ibubapanya berkenaan dengan pelaburan yang dijalankan olehnya. Walaupun ketika itu, ahli keluarganya sendiri tidak merasa pelik kenapa kerap ahli keluarga terdekat seperti sepupu dan ibubapa saudara datang ke rumah untuk berjumpa dengan si polan ini. Ketika itu, sangat seronok kerana adanya income datang setiap bulan padahal belum balik modal lagi.
Penghujung tahun 2015 adalah bermulanya titik hitam bagi Si Polan ini. Syarikat pelabur mula menghilangkan diri. Modal yang dilaburkan pula belum dapat ditutup dengan jumlah keuntungan bulanan yang telah diperolehi. Ahli keluarga terdekat yang telah melabur berpuluh ribu mula resah dan tak keruan. Ada yang buat pinjaman bank untuk mendapatkan modal bagi pelaburan ini, dan ada juga yang menggunakan wang simpanan.
Berlarutan sehingga Mac 2016, ahli keluarga tersebut terutamanya yang terdesak mahukan duit kerana ditekan oleh komitmen membayar hutang peribadi yang telah dibuat dengan bank lebih 100 ribu semata-mata untuk pelaburan ini. Maka, bermulalah episod perpecahan keluarga disebabkan masalah pelaburan ini. Si Polan ini menceritakan bagaimana sanak saudaranya membencinya dan sering menghantar mesej mengugut untuk menjelaskan baki hutang dengan pihak bank ini. Sehingga tahap ugutan mahu putus saudara dan mengancam keselamatan. Raya 2016 pon bukan seperti raya terdahulu. Raya 2015 Si Polan sangat berduit, beraya dengan kereta import, tetapi, Raya 2016 hanya raya sendiri sahaja, nak keluar ke rumah saudara mara malu, takot pon ada.
Sekarang, Si Polan ini terpaksa melakukan pelbagai kerja, menjadi prebet sapu, runner, berjual barang online, dan kerja sehinga 15 hingga 20 jam sehari semata-mata mencari duit untuk bertanggungjawab terhadap duit yang telah dilaburkan oleh orang ramai terutamanya saudara mara. Apa yang lebih menyedihkan, ibubapa di kampung pula terpaksa menggadai rumah sewa, tanah dan barang kemas untuk membantu anak menjelaskan balik modal yang telah dilaburkan oleh saudara mara. Sehingga ke hari ini, keluarga ini masih berusaha menjelaskan modal yang telah dilabur oleh ahli keluarga kerana mahu menjernihkan hubungan ahli keluarga.
Persoalan admin SP begini
- perlu ke Si Polan bertanggungjawab terhadap jumlah pelaburan tersebut. Sedangkan masing-masing nak kaya, dan SI Polan pon ditipu jugak oleh syarikat.
- kenapa syarikat begini senang terlepas dari pihak polis? Kerana tiada hitam putih?
- Kenapa rakyat Malaysia sekarang gila duit, kalau ya pon, cuba cek dekat website Bank Negara Malaysia, ada beratus senarai syarikat yang diperhatikan.
- Niat nak tolong keluarga, tapi, tersilap langkah, badan binasa.
- Mungkin syarikat itu memang berniat menipu, kerana ada sahaja admin dengan yang pedagang forex yang dapat menjana keuntungan sendiri.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram.Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]