Rasanya hampir semua manusia yang berumur 20 tahun ke atas memiliki sebuah telefon pintar. Antara telefon pintar yang popular adalah yang menggunakan sistem operasi android kerana lebih murah berbanding Apple. Masalahnnya, semakin lama kita menggunakan telefon tersebut, ia akan menjadi semakin perlahan dan kadang-kadang hang atau lag. Berikut dikongsikan langkah mudah untuk melajukan telefon lama anda.
1. Kurangkan ruang storan anda.
Gambar yang terlalu banyak dalam storan telefon pastinya menyebabkan sistem sukar hendak mengakses gambar-gambar tertentu. Cuba delete beberapa gambar yang lama dan telefon anda untuk memberi ruang kepada telefon menggunakan storan untuk berfungsi dengan lancar. Kalau tak nak, buang gambar tersebut, mungkin boleh guna trick and tips ini untuk mengurangkan storan dalam telefon. Tips Kurangkan Penggunaan Storage
2. Delete widget pada home screen telefon anda !!
Penggunaan widget yang pelbagai di homescreen sememangnya sangat berguna seperti waktu solat dan berita terkini. Namun, ia sememangnya memakan penggunan RAM yang banyak.
3. Jangan gunakan animasi yang tidak penting dalam telefon.
Animasi seperti wallpaper bergerak juga sebenarnya sangat mengambil ruangan storan anda. Lockscreen animation pon boleh kalau kita nak disable.
4. Tutup app yang tidak digunakan dan uninstall jika tiada kegunaan lagi.
App yang tidak digunakan perlu ditutup dan jangan biarkan ianya running di background. Cara nak mudah gunakan CCleaner. Bagi app yang sudah tidak digunakan lagi, boleh uninstall untuk free sedikit storan.
5. Restart Telefon
Bila kita restart telefon, semua app/program yang running background akan tertutup dan cache semua dibuang. Cache ini merupakan komponen data yang disimpan dalam telefon supaya bila diminta fail yang sama pada masa akan datang, telefon ini dapat memprosesnya dengan cepat.
6. Factory Resetting
Ini merupakan langkah terakhir. Factory resetting akan set semula telefon kita seperti baru keluar dari kilang. Yang penting sebelum buat ini, back up semua gambar contact dan apa-apa sahaja yang penting.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram.Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]