PANDUAN PELAKSANAAN PDP BERASASKAN INKUIRI PENEMUAN
Pengajaran dan pembelajaran (p&p) berasaskan Inkuiri (Inkuiri) merupakan satu pendekatan di mana murid membina pengetahuan dan kefahaman sendiri melalui penyiasatan dan penerokaan berasaskan pengetahuan sedia ada.
Pelaksanaan pendekatan ini adalah melalui pelbagai pendekatan seperti pembelajaran berasaskan projek, penyiasatan saintifik, pembelajaran berasaskan masalah dan pembelajaran kolaboratif bagi melahirkan murid yang berilmu dan berkemahiran berfikir aras tinggi.
Proses p&p Inkuiri berfokus kepada learning by doing yang melibatkan murid, melaksanakan aktiviti penerokaan, penyiasatan, penyoalan, berfikir secara reflektif dan penemuan ilmu baharu.
Dalam KBSR yang terdahulu, pendekatan inkuiri penemuan ini sering ditekankan untuk diterapkan dalam mata pelajaran Sains Sekolah Rendah. Murid dibimbing melaksanakan ujikaji/eksperimen bagi mencari jawapan dan membuat kesimpulan terhadap sesuatu fakta sains.
Penggunaan pendekatan ini dikatakan lebih bermakna kepada murid kerana murid mendapat pengetahuan sebenar hasil daripada penemuan mereka.
Berikut merupakan panduan pelaksanaan inkuri penemuan berserta dengan RPH.
Panduan Inkuiri Penemuan dalam PDP
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram.Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]