PERATURAN PEMAKAIAN GURU LELAKI DAN PEREMPUAN
Antara perkara yang perlu diberi perhatian oleh para guru adalah berkenaan dengan tatacara pemakaian di sekolah sama ada menjalankan tugas rasmi atau separa rasmi.
Tatacara Pakaian bagi guru lelaki
1. Seluar panjang dan berbaju kemeja (digalakkan bertali leher). Baju hendaklah dimasukkan ke dalam seluar.
2. Kasut kulit atau yang sejenis dengannya.
3. Pakaian baju melayu lengkap dengan samping atau pakaian baju yang mirip dalam potongan baju melayu dan dipakai dengan seluar panjang.
4. Pakaian yang menjolok mata tidak dibenarkan.
Tatacara pakaian bagi guru perempuan
1. Pakaian kebangsaan atau pakaian kaum masing-masing dan lain-lain jenis pakaian yang sesuai dan tidak menjolok mata.
2. Kasut kulit, selipar, cerpu atau sejenis dengannya yang mempunyai bentuk yang sesuai dengan pakaian yang ditetapkan.
3. Pakaian yang tidak dibenarkan seperti yang menutup muka, kain jarang dan menjolok mata.
Ketika menjalankan pdp Pendidikan Jasmani
1. Track suit, seluar panjang dan apa-apa pakaian yang tidak menghalang kecergasan gerak geri dalam pdp tersebut.
2. Pakaian yang menghalang pergerakan bebas seperti kasut tumit tinggi, pakaian ketat, menjolok mata tidak sesuai dipakai.
Apa yang dapat diperhatikan pada pekeliling ini ialah jika diamati betul-betul.
1.Tali leher hanya digalakkan dipakai di dalam kelas tetapi di dalam kawasan sekolah perlu dipakai. Ini mungkin memberikan keselesaan kepada guru mengajar.
2. Baju melayu jika dipakai dengan seluar panjang tidak perlu bersamping.
3.Tidak boleh memakai purdah iaitu pakaian menutup muka di sekolah.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut boleh rujuk surat pekeliling ikhtisas di bawah.
Surat Pekeliling Ikhtisas – Tatacara Pemakaian Guru
Semua perkara berkaitan dengan guru ada dinyatakan melalui pekeliling ikhtisas ini. Hanya satu perkara sahaja yang mengalami perubahan iaitu berdasarkan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 9/2013, pemakaian seluar dibenarkan oleh kakitangan awam perempuan memandangkan pelbagai bidang telah diceburi oleh golongan wanita.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram.Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]