Tahniah Prestasi Malaysia di TIMSS. Itulah antara perkara yang boleh kita perhatikan selepas pendidikan di Malaysia mengalami transformasi. Timss adalah singkatan kepada Trends In Mathemathic and Science Study. TIMSS diguna pakai oleh kebanyakan negara untuk menilai tahap dan pencapaian murid mereka dalam mata pelajaran sains dan matematik bagi murid tingkatan 2.
Skor yang diperolehi oleh setiap negara akan dirankingkan mengikut pencapaian masing-masing. Hasrat Malaysia pula adalah meletakkan negara kita berada di dalam kelompok 1/3 atas di penghujung pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.
Kedudukan Malaysia sekarang telah meningkat dari segi mata pada pencapaian TIMSS tahun 2015 berbanding 2011. TIMSS 2015 telah meletakkan Malaysia mencapai peningkatan markah tertinggi berbanding negara lain yang menyertainya. Tambahan pula, Malaysia telah meningkat mata pada mata pelajaran matematik dan sains.
Berdasarkan rajah Top 10 TIMSS, dapat diperhatikan negara jiran iaitu Singapura masih mengekalkan kedudukan pertama meninggalkan negara Asia dan Eropah yang lain. Pada rajah ini juga diperhatikan banyak negara dari Asia yang menguasai kedudukan teratas.
Rajah di atas pula menunjukkan kedudukan Malaysia dalam TIMSS. Kedudukan Malaysia ini lebih baik daripada beberapa negara Asia seperti Thailand, Oman dan lebih baik daripada negara America Selatan.
Diharap agar prestasi Malaysia dalam TIMSS pada masa akan dapat diperbaharu dengan mencapai sasaran iaitu kelompok 1/3 di atas.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]