Ujian Mac Bahasa Melayu Pemahaman Tahun 3
Mahupun pengisian di dalam template pelaporan offline merupakan salah satu pentaksiran berasaskan sekolah yang dikehendaki oleh KPM, namun, Ujian Bulanan masih boleh diteruskan oleh mana-mana sekolah tanpa halangan.
Antara ujian bulanan yang dilaksanakan di sekolah adalah ujian bulan Mac, Ujian bulan mei (pertengahan tahun), ujian bulan september dan ujian bulan november (akhir tahun).
Ujian bulanan yang paling awal adalah ujian bulan mac. Ada sekolah meminta guru mentadbir ujian untuk semua mata pelajaran dan ada juga sekolah yang mengadakan ujian hanya untuk mata pelajaran teras.
Malah ada juga sekolah yang hanya mentadbir ujian bagi pertengahan tahun dan akhir tahun.
Contoh soalan
Pada hujung minggu yang lalu, Kelab Perpustakaan Sekolah Kebangsaan Seberang Perak mengadakan gotong-royong menceriakan dan membersihkan perpustakaan sekolah. Semua ahli kelab berkumpul di perpustakaan sejak pukul 8.30 pagi lagi. Mereka melakukan tugasan yang diarahkan oleh Cikgu Hasanah dengan penuh tanggungjawab.
Antara tugas mereka ialah mengemas dan menyusun buku, menampal buku yang koyak dan mengasingkan buku lama serta menampal poster baharu dan berita terkini tentang aktiviti ahli di papan kenyataan. Ahli dibahagikan kepada beberapa kumpulan supaya tugasan dapat dilakukan dengan teratur dan cepat.
Dapatkan soalan di sini
Semoga bermanfaat kepada guru.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]