Ujian Mac Bahasa Melayu Pemahaman Tahun 4
Mahupun pengisian di dalam template pelaporan offline merupakan salah satu pentaksiran berasaskan sekolah yang dikehendaki oleh KPM, namun, Ujian Bulanan masih boleh diteruskan oleh mana-mana sekolah tanpa halangan.
Antara ujian bulanan yang dilaksanakan di sekolah adalah ujian bulan Mac, Ujian bulan mei (pertengahan tahun), ujian bulan september dan ujian bulan november (akhir tahun).
Ujian bulanan yang paling awal adalah ujian bulan mac. Ada sekolah meminta guru mentadbir ujian untuk semua mata pelajaran dan ada juga sekolah yang mengadakan ujian hanya untuk mata pelajaran teras.
Malah ada juga sekolah yang hanya mentadbir ujian bagi pertengahan tahun dan akhir tahun.
Contoh soalan
Catur ialah sejenis permainan yang berbentuk pertempuran antara dua buah kerajaan. Permainan ini dimainkan dengan menggunakan buah catur. Setiap pemain mempunyai enam belas buah catur yang berbeza-beza darjatnya dalam sesebuah kerajaan. Ada raja, permaisuri, menteri, askar dan sebagainya.
Buah-buah catur ini digerakkan oleh pemain catur di atas papan. Setiap corak pergerakan berbeza mengikut darjat. Papan catur mempunyai 64 petak seperti permainan dam.
Permainan ini diperkenalkan dari benua India ke Nusantara India pada kira-kira 1400 tahun yang lalu. Pada masa itu, permainan ini dikenali sebagai “caturangga” yang bermaksud empat pasukan.
Pemain catur dalam masyarakat Melayu kuno amat disegani. Permainan ini mencerminkan darjat atau kedudukan seseorang pemain dalam masyarakat pada masa itu.
Dapatkan soalan di sini
Semoga bermanfaat kepada guru.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]
anon
terima kasih cikgu