Ujian Mac Bahasa Melayu Pemahaman Tahun 5
Mahupun pengisian di dalam template pelaporan offline merupakan salah satu pentaksiran berasaskan sekolah yang dikehendaki oleh KPM, namun, Ujian Bulanan masih boleh diteruskan oleh mana-mana sekolah tanpa halangan.
Antara ujian bulanan yang dilaksanakan di sekolah adalah ujian bulan Mac, Ujian bulan mei (pertengahan tahun), ujian bulan september dan ujian bulan november (akhir tahun).
Ujian bulanan yang paling awal adalah ujian bulan mac. Ada sekolah meminta guru mentadbir ujian untuk semua mata pelajaran dan ada juga sekolah yang mengadakan ujian hanya untuk mata pelajaran teras.
Malah ada juga sekolah yang hanya mentadbir ujian bagi pertengahan tahun dan akhir tahun.
Contoh soalan
14.Cikgu Hisham dan Cikgu Selva sedang merancang untuk mengadakan satu majlis
amal di sekolah itu.
A Di sekolah itu, mencadangkan supaya diadakan satu majlis amal oleh Cikgu Hisham
dan Cikgu Selva.
B Satu majlis amal bakal dianjurkan di sekolah itu oleh Cikgu Hisham dan Cikgu Selva.
C Satu majlis amal akan diadakan oleh Cikgu Hisham dan Cikgu Silva di sekolah itu
yang telah dirancang.
D Satu majlis amal sedang dirancang oleh Cikgu Hisham dan Cikgu Selva untuk
diadakan di sekolah itu.
15.“Ayah ke hospital kerana abang kemalangan,” beritahu Puan Jamilah kepada
kakaknya.
A Puan Jamilah dan ayahnya ke hospital kerana kakaknya kemalangan maut.
B Puan Jamilah memberitahu kakaknya bahawa ayah ke hospital kerana
abang kemalangan.
C Puan Jamilah meminta kakaknya ke hospital kerana ayah dan abangnya
kemalangan.
D Puan Jamilah meminta ayahnya dan kakaknya ke hospital kerana abangnya
kemalangan.
Dapatkan soalan di sini
Semoga bermanfaat kepada guru.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]