Ujian Mac Bahasa Melayu Tahun 5
Mahupun pengisian di dalam template pelaporan offline merupakan salah satu pentaksiran berasaskan sekolah yang dikehendaki oleh KPM, namun, Ujian Bulanan masih boleh diteruskan oleh mana-mana sekolah tanpa halangan.
Antara ujian bulanan yang dilaksanakan di sekolah adalah ujian bulan Mac, Ujian bulan mei (pertengahan tahun), ujian bulan september dan ujian bulan november (akhir tahun).
Ujian bulanan yang paling awal adalah ujian bulan mac. Ada sekolah meminta guru mentadbir ujian untuk semua mata pelajaran dan ada juga sekolah yang mengadakan ujian hanya untuk mata pelajaran teras.
Malah ada juga sekolah yang hanya mentadbir ujian bagi pertengahan tahun dan akhir tahun.
Contoh soalan
Pelancong asing itu boleh _________ dalam Bahasa Malaysia dengan baik.
___________dinaikkan pangkat, Encik Hamidi tidak lagi menghadapi masalah kewangan.
Abu Bakar meraut mata penselnya _________ sebilah pisau sehingga tajam.
Rumput di halaman rumah Joshua sentiasa _______ supaya kelihatan cantik.
Kereta baharu itu _________ untuk abang sebagai hadiah kecemerlangannya dalam peperiksaan SPM yang diumumkan kelmarin.
Keadaan jalan raya yang _______ sering menyebabkan berlakunya kemalanganjalan raya.
Berita penculikan itu menjadi __________ orang ramai.
__________ kamu berputus asa, kalah atau menang adalah adat bertanding.
Mary akan sentiasa berada di _________ ibu apabila ada tetamu datang ke rumah.
Dapatkan soalan di sini
Semoga bermanfaat kepada guru.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]
sk permatang tiong
terima kasih kerana sudi berkongsi dengan saya. 2017 adalah tahun pertama mula mengajar tahap 2