UPT Pendidikan Sivik Tingkatan 2
Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) merupakan kurikulum baharu yang diperkenalkan pada waktu ketika KSSR diperkenalkan di sekolah rendah. Ketika ini, pendidikan rendah dan menengah di Malaysia sedang mengalami transformasi yang pelbagai.
Di peringkat sekolah menengah juga, peperiksaan turut diadakan sepanjang tahun bagi menilai pencapaian murid.
Peperiksaan pertengahan tahun juga merupakan salah satu peperiksaan yang pastinya akan ditadbir oleh pihak sekolah sebelum bermulanya cuti pertengahan tahun. Contoh soalan
Apakah yang dimaksudkan dengan akauntabiliti?
A kebolehan berkongsi ilmu
B saling bekerjasama
C membuat renungan atau refleksi
D sikap bertanggungjawab individu terhadap sesuatu tindakan
Pelajar yang mempunyai perwatakan terpuji selalu
A mengharapkan balasan ketika bertugas
B bersopan dan berbudi bahasa
C mementingkan diri sendiri
D berfikiran sempit
- Apakah yang dimaksudkan dengan komunikasi yang berkesan?
A Kebolehan berkongsi ilmu
B Kebolehan memberi motivasi
C Bercakap tanpa henti
D Berinteraksi dengan orang lain dan difahami
Mengapakah kita perlu berkongsi masa suka dan duka dengan anggota keluarga?
A supaya menyenangkan diri sendiri
B kerana tiada orang lain yang dapat dipercayai
C dipaksa oleh keluarga untuk berbuat demikian
D supaya ahli keluarga rasa diri dihargai dan disayangi
- Bagaimanakah cara yang paling berkesan untuk mengurangkan masalah keluarga?
A Anggota keluarga membuat keputusan sendiri
B Menggalakkan komunikasi secara terbuka
C Berkahwin dengan niat yang ikhlas
D Rajin mencari ilmu melalui buku-buku kekeluargaan
Berikut merupakan contoh soalan ujian pertengahan tahun sekolah menengah bagi subjek yang telah dinyatakan.
Semoga bermanfaat.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]