UPT Sejarah Tingkatan 1
Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) merupakan kurikulum baharu yang diperkenalkan pada waktu ketika KSSR diperkenalkan di sekolah rendah. Ketika ini, pendidikan rendah dan menengah di Malaysia sedang mengalami transformasi yang pelbagai.
Di peringkat sekolah menengah juga, peperiksaan turut diadakan sepanjang tahun bagi menilai pencapaian murid.
Peperiksaan pertengahan tahun juga merupakan salah satu peperiksaan yang pastinya akan ditadbir oleh pihak sekolah sebelum bermulanya cuti pertengahan tahun. Contoh soalan
Kesultanan Melayu Melaka telah berkembang maju dan mencapai zaman kegemilangan di bawah kuasa pemerintah yang berkaliber. Walau bagaimanapun, Kesultanan Melayu Melaka telah mengalami kemerosotan semasa pemerintahan Sultan Mahmud Shah akibat pelbagai faktor.
(a) Huraikan faktor kemerosotan Melaka.
Faktor 1 : Kelemahan kepemimpinan
Faktor 2 : Kelemahan askar Melaka
2 (i) Gariskan pernyataan yang tepat.
(a) Setelah kemerosotan Kesultanan Melayu Melaka, putera Sultan Mahmud Shah yang digelar (Sultan Ahmad Shah / Sultan Alauddin Riayat Shah II) dilantik sebagai Raja Ujong Tanah atau sultan (Johor / Perak).
(b) Usaha Johor menguasai (Pahang / Melaka) tidak pernah berhenti.
(c) Tokoh yang paling berpengaruh di Johor iaitu (Bendahara Tun Habib Abdul Majid / Laksamana Tun Abdul Jamil) bersama Tun Sri Lanang berjaya mengusir Portugis keluar daripada Melaka dengan bantuan (Belanda / Inggeris).
(d) Akhirnya (Johor / Belanda / Inggeris) dapat menduduki kerajaan Melaka.
Berikut merupakan contoh soalan ujian pertengahan tahun sekolah menengah bagi subjek yang telah dinyatakan.
Soalan Sejarah TIngkatan 1 set 2
Semoga bermanfaat.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]