Pekeliling Garis Panduan Kerja Rumah Murid
Kerja rumah memainkan peranan yang penting dalam memperkaya pemahaman murid terhadap sesuatu kandungan pembelajaran yang telah diajar oleh guru.
Namun begitu, murid yang banyak menghadiri kelas tuisyen dan kelas agama pastinya turut dibekalkan dengan kerja rumah. Tambahan pula, murid juga perlu mengikuti aktiviti luar seperti kokurikulum, riadah, sukan dan mempunyai rehat yang cukup bagi membentuk murid yang sihat dan seimbang.
Untuk menghasilkan murid yang seimbang, pelaksanaan kerja rumah perlu dirancang dengan teliti bagi membolehkan perkembangan murid seimbang.
Garis panduan ini merupakan pekeliling yang telah dikeluarkan oleh pihak kementerian dan perlu dipatuhi oleh semua pengetua, guru besar dan guru.
Garis panduannya adalah :
1)Perancangan
- jawatan kuasa kurikulum perlu mempunyai perancangan yang lengkap.
- pemberian kerja rumah perlu mengambil kira jumlah, jenis, kekerapan, aras kesukaran dan kemampuan murid.
- Tidak harus tertumpu semasa cuti dan hujung minggu sahaja.
- PIBG perlu dimaklumkan mengenai hal ini.
2)Pelaksanaan
- Murid perlu dipastikan diberikan kerja rumah berpatutan.
- Murid tidak digalakkan untuk meniru atau menyalin satu persatu soalan latihan atau kesemua pilihan jawapan.
- Guru kelas boleh menyelaras agar setiap guru berpeluang memberi kerja rumah.
- Kerja rumah perlu dipelbagaikan bentuknya bukan sekadar kertas dan pen/pensel.
- Penyemakan kerja rumah perlu segera supaya tindak susul dapat dilaksanakan.
3)Pemantauan
- Jadual kerja rumah perlu dipamerkan.
- pemberian kerja rumah perlu direkod.
- Pengetua, guru besar, ketua panitia perlu memantau pelaksanaan jadual ini.
- Pengetua dan guru besar perlu memastikan kerja rumah disemak oleh guru berkenaan.
Untuk melihat pekeliling penuh Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 12 2004 boleh rujuk di sini.
Garis Panduan Umum Pemberian Kerja Rumah
Semoga kerja rumah murid menjadi lebih terancang.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]