UPT Ekonomi Asas Tingkatan 4
Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) merupakan kurikulum baharu yang diperkenalkan pada waktu ketika KSSR diperkenalkan di sekolah rendah. Ketika ini, pendidikan rendah dan menengah di Malaysia sedang mengalami transformasi yang pelbagai.
Di peringkat sekolah menengah juga, peperiksaan turut diadakan sepanjang tahun bagi menilai pencapaian murid.
Peperiksaan pertengahan tahun juga merupakan salah satu peperiksaan yang pastinya akan ditadbir oleh pihak sekolah sebelum bermulanya cuti pertengahan tahun. Contoh soalan
Manakah yang menerangkan maksud bayaran pindahan dengan tepat?
Bayaran kerana membantu ibu bapa berniaga
Bayaran kerana memindahkan pendapatan ke bank
Bayaran yang diperoleh daripada penjualan barang dan perkhidmatan
Bayaran yang diterima tanpa menyumbang apa-apa terhadap proses pengeluaran
Encik Shahrul mempunyai seorang isteri yang tidak bekerja dan tiga orang anak yang masih bersekolah. Pendapatan beliau ialah RM19 000 setahun. Daripada pendapatannya 11% dicarumkan kepada KWSP, RM300 untuk bayaran zakat, RM200 untuk bayaran premium insurans. Hitungkan pendapatan boleh cukai Encik Shahrul?
Hukum permintaan menyatakan bahawa…
semakin rendah harga sesuatu barang itu, semakin kurang kuantiti yang diminta.
semakin tinggi harga sesuatu barang itu, semakin kurang kuantiti yang diminta.
semakin tinggi harga sesuatu barang itu, semakin banyak kuantiti barang yang diminta.
semakin rendah harga sesuatu barang itu, semakin tinggi kuantiti barang yang ditawarkan.
Berikut merupakan contoh soalan ujian pertengahan tahun sekolah menengah bagi subjek yang telah dinyatakan.
Soalan ekonomi asas tingkatan 4
soalan ekonomi asas tingkatan 4 set 2
Semoga bermanfaat.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]