UPT Pendidikan Seni Visual Tingkatan 3
Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) merupakan kurikulum baharu yang diperkenalkan pada waktu ketika KSSR diperkenalkan di sekolah rendah. Ketika ini, pendidikan rendah dan menengah di Malaysia sedang mengalami transformasi yang pelbagai.
Di peringkat sekolah menengah juga, peperiksaan turut diadakan sepanjang tahun bagi menilai pencapaian murid.
Peperiksaan pertengahan tahun juga merupakan salah satu peperiksaan yang pastinya akan ditadbir oleh pihak sekolah sebelum bermulanya cuti pertengahan tahun. Contoh soalan
- Lukis sebuah bakul rotan yang berisi sayur dan ikan. Lukisan anda hendaklah berfokuskan kepada nilai jalinan, garisan, ton dan kesan cahaya. Bahan, media dan teknik bebas
- Hasilkan sebuah catan yang menggambarkan sekumpulan serangga sedang mencari makanan dalam hutan. Gambarkan keadaan tersebut mengikut fantasi anda. Bahan, media dan teknik adalah bebas.
- Anda diminta menghasilkan sebuah logo untuk syarikat pengeluaran sabun mandi kanak-kanak, logo anda hendaklah berasaskan buah strawberi.Logo anda perlulah berdasarkan kriteria dibawah.
Ukuran : 20 cm x 28 cm
Warna : Maksimum 4 warna
Kapsyen : MANDIAN ANAKKU
- Hasilkan sebuah risalah yang bertemakan “BANGSA MEMBACA, BANGSA BERJAYA”. Rekakan bentuk risalah, ilustrasi dan penerangan yang berkaitan.
- Hasilkan hiasan dinding batik bermotifkan fauna. Hasil hiasan dinding batik tersebut perlulah menekankan warna harmoni dan imbangan tidak simetri atau asimetri. Bahan kertas lukisan dan media cat poster sahaja.
- Hasilkan kad ucapan semperna Hari Raya Aidilfitri Lukis dan warnakan satu reka letak bagi motif floran tenunan. Setelah siap jadikan hasil tenunan tersebut dijadikan sebagai hiasan pada muka depan kad ucapan semperna Hari Raya Aidilfitri. Bahan, media adalah bebas.
Berikut merupakan contoh soalan ujian pertengahan tahun sekolah menengah bagi subjek yang telah dinyatakan.
Semoga bermanfaat.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]