UPT Pendidikan Sivik Tingkatan 3
Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) merupakan kurikulum baharu yang diperkenalkan pada waktu ketika KSSR diperkenalkan di sekolah rendah. Ketika ini, pendidikan rendah dan menengah di Malaysia sedang mengalami transformasi yang pelbagai.
Di peringkat sekolah menengah juga, peperiksaan turut diadakan sepanjang tahun bagi menilai pencapaian murid.
Peperiksaan pertengahan tahun juga merupakan salah satu peperiksaan yang pastinya akan ditadbir oleh pihak sekolah sebelum bermulanya cuti pertengahan tahun. Contoh soalan
1 Apakah maksud kelayakan ikhtisas?
A Kelayakan yang berkaitan dengan sesuatu kerjaya.
B Kelayakan asas seperti SPM, diploma, dan ijazah.
C Kecekapan melakukan tugas menggunakan alatan tertentu.
D Mahir dalam sesuatu bidang sahaja.
2 Bagaimanakah peluang-peluang kerjaya diperoleh?
A Melalui buku. B Melalui iklan.
C Melalui ceramah motivasi. D Melalui hebahan dari mulut ke mulut.
3 Apakah pilihan kerjaya yang sesuai bagi seseorang yang pandai berkomunikasi dan petah
bercakap?
A Doktor. B Peguam.
C Arkitek. D Jurutera.
4 Apakah kesan sekiranya kerjaya yang dipilih sesuai dengan kelayakan dan potensi diri?
A Menambahkan keyakinan. B Mempertingkatkan ilmu pengetahuan.
C Menambahkan sumber pendapatan. D Meningkatkan taraf hidup dan sosial.
5 Seseorang yang berperibadi realistik mempunyai potensi diri
A konvensi. B kreatif.
C mekanikal. D memenuhi matlamat.
6 Bagaimanakah keyakinan diri individu boleh berkembang?
A Meningkatkan kreativiti.
B Menambah ilmu pengetahuan.
C Meningkatkan kemahiran diri.
D Memilih kerjaya yang sesuai dengan kelayakan dan peribadi.
7 Antara yang berikut, pilih sikap peribadi individu yang memiliki potensi untuk menjadi seorang
pengarang.
A Peribadi artistik. B Peribadi konvensional.
C Peribadi realistik. D Peribadi sosial.
Berikut merupakan contoh soalan ujian pertengahan tahun sekolah menengah bagi subjek yang telah dinyatakan.
Semoga bermanfaat.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]