PEKELILING KUASA GURU MEROTAN MURID
Antara perkara yang sering menjadi perhatian dalam pengurusan disiplin adalah berkenaan dengan kuasa merotan murid.
Kuasa merotan ini telah diberikan kepada guru besar sesebuah sekolah dan boleh mewakilkan kuasa kepada guru-guru lain.
Namun begitu, hukuman merotan ini telah dinyatakan syarat di dalam peraturan 5 di bawah ordinan pelajaran 1957.
Syaratnya adalah hukuman dera adalah dilarang kepada murid perempuan dan hukuman dera kepada murid lelaki dihadkan kepada merotan dengan rotan yang ringan di tapak tangan ataupun di punggung yang berlapik dengan pakaian di bawah kuasa guru besar.
Melaksanakan hukuman merotan juga hendaklah sebahagian daripada proses pendidikan dan bukan sahaja tertakluk kepada alat untuk merosakkan fizikal dan mental murid.
Hukuman rotan dilarang dilaksanakan di bilik terbuka untuk mengelakkan keadaan menjatuhkan maruah murid.
Hukuman merotan ini tertakluk kepada 3 jenis kesalahan iaitu kesalahan berat, kesalahan sederhana dan kesalahan ringan (diberikan amaran).
Berikut merupakan contoh kesalahan berat.
* KESALAHAN BERAT
- Melakukan mana-mana kesalahan sederhana kali ketiga.
- Menyimpan, membawa, mengedar, menghisap atau terbabit dalam kegiatan dadah.
- Membawa, menyimpan, menghisap atau mengedar bahan tembakau.
- Membawa, meminum, menyimpan atau mengedar minuman keras atau sebarang benda yang memabukkan/mengkhayalkan.
- Menyebabkan/melakukan pergaduhan atau kekerasan.
- Melawan, mengancam, memukul, mengugut atau mencederakan guru/pengawas murid.
- Biadab terhadap guru/pengawas/murid.
- Memeras ugut guru/pengawas/murid.
- Membawa/menggunakan senjata atau alat berbahaya.
- Melakukan buli ((pelancoan), penderaan atau paksaan terhadap murid lain.
- Mencuri, merompak, memecah masuk dan menceroboh kawasan larangan.
- Melakukan perjudian atau membabitkan diri dalam pertaruhan.
- Mencetak, menerbit, mempamer, mengedar atau menyimpan rencana, majalah atau rakaman dan multimedia terlarang.
- Membabitkan diri dalam kumpulan haram.
- Mencabul kehormatan guru/murid.
- Melakukan zina, liwat, hubungan luar tabii.
- Melacur/menjadi bohsia/bohjan/pondan.
- Bersekududukan atau membabitkan diri dalam kegiatan tidak bermoral.
- Mengintai murid lelaki/perempuan.
- Menulis atau mengeluarkan kenyataan akhbar yang mencemarkan.
- Merosakkan harta benda sekolah/guru.
- Membawa atau menggunakan bahan letupan.
- Menulis/melukis perkataan atau gambar lucah atau melakukan perbuatan lucah.
Bagi melihat pekeliling tersebut yang berkenaan dengan jenis kesalahan, tatacara merotan dan contoh borang penurunan kuasa, boleh rujuk di bawah.
Pekeliling Kuasa Guru Merotan Murid
Diharap para guru besar / pengetua dapat memahami arahan daripada pekeliling tersebut. Diingatkan juga merotan merupakan langkah dan cara terakhir dalam menangani masalah disiplin murid.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]