Bahan Kecemerlangan 1 Terengganu Matematik
Ujian Pencapaian Sekolah Rendah UPSR semakin hampir. Para guru pastinya bekerja keras memberikan latihan kepada murid daripada pelbagai sumber sebagai persediaan menjawab peperiksaan sebenar.
Antara soalan latih tubi yang popular diguna pakai oleh guru guru di Malaysia adalah soalan daripada pendidikan Negeri Terengganu. Soalan daripada negeri Terengganu ini menjadi tumpuan ramai kerana soalan ini merupakan soalan yang mempunyai pelbagai aras dan dikatakan ramai penggubal soalan UPSR berada di negeri Terengganu.
Di Terengganu, bahan-bahan persediaan menjawab soalan peperiksaan disediakan sepanjang tahun dipanggil bahan kecemerlangan ataupun BK. Peperiksaan PT3 dan SPM mempunyai bahan kecemerlangan yang tersendiri.
Bagi UPSR, untuk tahun 2016, terdapat 12 set bahan kecemerlangan bagi setiap kertas peperiksaan bermula bahan kecemerlangan 1 hingga bahan kecemerlangan 12.
Perkongsian kali ini melibatkan bahan kecemerlangan 1 BK1 bagi mata pelajaran Matematik UPSR.
Antara contoh soalan yang terdapat pada BK ini adalah di mana murid perlu mengira permasalahan seperti melibatkan penggunaan masa ketika bergerak.
Berikut merupakan perkongsian bahan kecemerlangan bk1 bagi matematik upsr.
Semoga bermanfaat.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]