Bilakah sepatutnya Aktiviti sukan boleh dilaksanakan di sekolah??
Program ataupun aktiviti sukan seperti kejohanan olahraga bolehlah dikatakan antara program wajib diadakan oleh setiap sekolah.
Program ini biasanya dianjurkan di bawah bidang kuasa guru penolong kanan kokurikulum.
Ada sekolah yang menjalankan program ini 2 kali setahun iaitu pada pertengahan tahun dan akhir tahun.
Namun, pihak KPM sendiri telah menjelaskan bilakah sepatutnya tarikh penganjuran program sukan boleh dilaksanakan di peringkat sekolah.
Tatacara tarikh penganjuran ini telah dijelaskan dalam surat siaran jadual pelaksanaan program sukan dan permainan sekolah sepanjang tahun yang dikeluarkan oleh Bahagian Sukan, Seni dan Kokurikulum.
Pihak KPM sendiri telah meminta pengetua dan guru besar akur dengan surat siaran tersebut supaya penganjuran program sukan tahunan dan kejohanan olahraga tahunan dilaksanakan mulai bulan Jun.
Walaupun begitu, akviti latihan dan pemilihan murid boleh dilaksanakan di peringkat awal bagi memastikan perkembangan dan kemahiran diri murid.
Boleh rujuk snapshot di bawah untuk maklumat rasmi.
Bagi mendapatkan surat siaran tersebut adalah di bawah.
Surat Siaran Tarikh Penganjuran Sukan di sekolah
Semoga bermanfaat kepada guru.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]