PANDUAN PENGGUNAAN TELEFON BIMBIT OLEH MURID DI SEKOLAH
Pada zaman sekarang, kebanyakan murid sudah pun mempunyai telefon sendiri termasuk murid sekolah rendah. Ini disebabkan telefon bimbit sekarang harganya semakin murah dan mudah diperolehi.
Tambahan pula, kebanyakan dewasa juga menjadikan hobi untuk menukar telefon setiap tahun kerana mengikuti perkembangan teknologi semasa dan juga untuk memudahkan urusan harian.
Pihak KPM juga menyedari akan perkara ini dan pada dasarnya tidak menghalang penggunaannya di sekolah. Tetapi, penggunaan telefon bimbit di sekolah perlu dikawal supaya tidak mengganggu kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran termasuk tugasan rasmi yang lain.
Berikut merupakan garis panduan yang telah ditetapkan oleh KPM.
1)Hanya dibenarkan sebelum sesi persekolahan bermula, semasa rehat dan selepas sesi persekolahan tamat.
2)Ia perlu dimatikan sewaktu dpd serta sewaktu aktiviti kokurikulum.
3)Penggunaanya perlu digunakan di kantin, koridor dan ruang legar sekolah.
4)Telefon bimbit boleh dirampas jika murid tidak mematuhi syarat berikut.
5)Murid perlu diingatkan bahawa membawa barangan berharga adalah di atas risiko sendiri.
6)Murid boleh menggunakan kemudahan telefon di pejabat sekolah atas kes-kes kecemasan.
Panduan ini dinyatakan dalah pekeliling ikhtisas bilangan 11/2005. Diharap agar jika ibubapa berhasrat membekalkan telefon bimbit kepada murid, cukuplah sekadar yang boleh memanggil dan menerima telefon termasuk sms. Untuk mengelakkan tumpuan mereka teralih di sekolah.
Berikut merupakan pekeliling tersebut.
Pekeliling Garis Panduan Penggunaan Telefon oleh Murid di Sekolah
Semoga menjadi panduan berguna kepada ibubapa guru dan pentadbir sekolah.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]