LARANGAN PEMBERIAN CENDERAMATA
Sudah menjadi kebiasaan kebanyakan sekolah untuk memberikan cenderamata kepada jemputan yang hadir ke sekolah untuk merasmikan sesuatu acara.
Mengikut Surat Pekeliling Ikhtisas SPI Bil 1/1986, terdapat larangan dan arahan untuk memberhentikan pemberian cenderama kepada VIP yang dijemput ke sekolah.
Cenderamata ini diberikan sebagai tanda ucapan terima kasih sekolah kepada pihak tersebut atas jasa merasmikan program dan majlis di sekolah.
Pekeliling ini juga bukan tertakluk kepada aktiviti/majlis/program peringkat sekolah sahaja, malah, ia juga tertakluk kepada majlis rasmi di peringkat zon, daerah dan negeri.
Apa yang menjadi perhatian adalah kebimbangan atas cenderamata tersebut kadang kala dianggap agak mahal. Sebagai contoh, plaq yang sudah bertulis pun ad yang mencecah lebih RM50 ringgit.
Larangan tersebut dinyatakan secara khusus dalam pekeliling ini terhadap Menteri Pelajaran, Timbalan-Timbalan Menteri Pelajaran, pegawai dari Kementerian, Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah. Tidak pula dinyatakan sama ada larangan sebegini tertakluk juga kepada pegawai dari organisasi swasta, Wakil Rakyat (YB) atau orang berkedudukan yang lain.
Mahupun begitu, pekeliling ini sama sekali tidak melarang jika cenderamata yang diberikan itu adalah hasil usaha kerja pelajar itu sendiri.
Makluman tambahan juga yang dinyatakan pada pekeliling ini adalah berkenaan dengan penyediaan corsage atau rosette atau bunga yang besar dan mahal untuk tetamu khas dan pihak lain yang dijemput ke sekolah. Pihak KPM tidak menggalakkan sama sekali penggunaan corsage dan rosette ini.
Jika rosette atau corsage hendak juga disediakan kepada tetamu, ia hendaklah kecil dan murah harganya.
Ini disebabkan untuk menjimatkan perbelanjaan dalam mengelolakan sesuatu majlis.
Kenyataan ini boleh rujuk di gambar di bawah.
Jika masih mahu membaca keseluruhan pekeliling ini, boleh rujuk
Pekelilign Bil 1/1986 Larangan Pemberian Cenderamata
Tidak dipastikan juga sama ada terdapatkah pekeliling yang meminda peraturan ini.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]