POTONGAN RAMBUT MURID
Disiplin murid di sekolah bukan sahaja meliputi tingkah laku dan perbuatan, malah penampilan murid di sekolah juga merupakan satu disiplin dalam diri murid.
Antara perkara berkaitan penampilan yang perlu dititikberatkan di sekolah adalah berkenaan dengan gaya potongan rambut.
Pada zaman sekarang, gaya potongan rambut dan fesyen rambut sekarang sangat berbeza sekali. Ada berbagai gaya rambut sekarang hasil daripada pengaruh moden daripada pemain bola sepak dan dunia hiburan sampaikan guru disiplin pon keliru bagaimana sepatutnya potongan rambut yang dibolehkan di sekolah.
Senang kata, berbaliklah kepada pekeliling yang pernah dikeluarkan oleh pihak KPM ini.
Mengikut Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 2 1976, garis panduan potongan rambut telah digarikan oleh pihak KPM.
Berikut merupakan tatacara yang perlu dipatuhi oleh murid.
Tiap murid lelaki tidak boleh berambut panjang di sekolah. Istilah berambut panjang ini merujuk kepada
1)Di belakang : Rambut jatuh melebihi garisan di bawah cuping telinga.
2)Di depan : Rambut menutup garisan tengah dahi.
3)Di sebelah : Rambut menutup kedua-dua telinga atau sebahagian daripadanya sideburn melebih garisan tengah hidung.
4)Di atas : Rambut lebih daripada 6 inci panjang.
Murid Sikh boleh berambut panjang jika memakai serban, jika tidak memakai serban, peraturan adalah seperti berkuatkuasa.
Misai dan janggut juga tidak boleh dibenarkan namun mereka tidak perli dipaksa bercukur.
Bagi murid perempuan pula, rambut tidak boleh sehingga jatuh ke bahu. Mereka dinasihatkan untuk mengikat rambut yang panjang menggunakan ikatan rambut tocang atau ponytail.
Berikut merupakan pekeliling peraturan potongan rambut.
Pekeliling Potongan Rambut Murid
Semoga menjadi panduan kepada guru.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]