PELAKSANAAN 1M1S
1 Murid 1 Sukan merupakan dasar yang telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan untuk menggiatkan aktiviti sukan di kalangan murid sekolah. Melalui dasar ini, setiap murid diwajibkan menyertai sekurangnya satu aktiviti sukan di sekolah.
Antara prinsip pelaksanaannya adalah :
1)Setiap murid termasuk murid berkeperluan khas yang tidak mengalami masalah kesihatan hendaklah wajib mengambil bahagian dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan. Dasar 1 M1 S adalah diwajibkan untuk Tahun 4 hingga Tahun 6 di sekolah rendah dan Peralihan , Tingkatan 1 hingga Tingkatan 6 di sekolah menengah. Walau bagaimanapun murid Murid Pra Sekolah hingga Tahun 3 digalakkan menyertai program ini berdasarkan kemampuan sekolah.
2)Murid boleh menyertai lebih dari satu sukan mengikut kemampuan dan sukan yang ditawarkan oleh sekolah atau yang dijalankan dengan pengetahuan dan persetujuan pihak sekolah;.
3)Asas kepada 1 M 1 S adaiah pelaksanaan mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan yang berkualiti di sekolah. Segala sumber untuk mata pelajaran pendidikan jasmani hendaklah diguna sama bagi 1M1S.
4)Aspek yang diutamakan adalah penyertaan aktif oleh semua murid dalam aktiviti sukan.
5)Penyertaan dalam sukan adalah asas kepada perkembangan Intelek Rohani, Jasmani, dan Emosi murid.
6)Ibu bapa dan agensi luarl rakan sukan adalah digalakkan untuk menyumbang kepada pembangunan sukan sekolah.
7)Setiap sekolah yang sudah pun mempunyai prasarana, kemudahan dan peralatan sukan hendaklah mengoptimumkan penggunaannya bagi meningkatkan lagi penyertaan aktif setiap murid.
Pihak sekolah juga perlu membuat beberapa persediaan di awal tahun bagi memastikan dasar ini dapat dilaksanakan.
Antara persediaannya adalah:
1)Mengadakan mesyuarat perancangan 1M1S sebelum penggal persekolahan.
2)Menyediakan takwim tahunan dan penjadualan mingguan aktiviti sukan sekolah untuk sepanjang tahun
3)Mengagihkan tugas guru mengikut sukan yang ditawarkan di Sekolah,
4)Mendaftar dan mengagihkan setiap murid mengikut rumah sukan dan kelab sukan
5)Mewujudkan mekanisme pemantauan pelaksanaan 1M1S.
Berikut merupakan pekeliling pelaksanaan dasar ini.
Semoga bermanfaat kepada guru.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]