PENGGUNAAN WAKTU TIDAK MENGAJAR OLEH GURU
Guru di sekolah kebiasaannya mempunyai waktu-waktu yangn tidak mengajar atau lebih dikenali sebagai free period seperti yang telah ditetapkan dalam jadual waktu pdp masing-masing.
Apa yang tidak betul adalah ada guru yang menganggap waktu free period ini merupakan waktu tidak bekerja dan pihak KPM mahu membetulkan anggapan ini.
Melalui surat pekeliling ikhtisas bilangan 3/1981, pihak KPM telah mengeluarkan satu peringatan kepada guru mengenai penggunaan free period ini.
Melalui Pekeliling ini, apa yang diingatkan kepada guru adalah
1)Guru Besar perlu mengingatkan kepada para guru bahawa waktu luang/free period ini adalah masa bekerja.
2)Guru besar boleh mengarahkan para guru menggunakan waktu tersebut untuk :
-menggantikan guru yang tidak hadir mengajar atas pelbagai sebab.
-membuat persedian mengajar seperti membaca buku, membuat nota mengajar, menyediakan alatan mengajar dan sebagainya.
-memeriksa buku latihan murid.
-mengadakan pertemuan khas dengan murid bermasalah dengan kandungan pelajaran yang diajar.
-menyediakan aktiviti berkaitan kokurikulum
-Lain-lain tugas yang difikirkan perlu oleh guru besar.
3)Pada asasnya, waktu mengajar perlu digunakan untuk kerja-kerja yang memberi faedah kepada murid, khasnya dan sekolah amnya.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]